SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 1 Februari 2014

Rukun Negara dihina dan dicaci oleh puak puak Pakatan Rakyat ini.??

Nak diajar berpelajaran,nak dimarah nampak kami tak beradab. wahai puak PR jgn menunjukkan anda ni tak ada pegangan.kita pegang pada perlembagaan..rukun negara kan asas hidup kita. tak layak anda duduk di Malaysia kalau tak hormatinya.

KES LIWAT..!!! Anwar Tidak Boleh Lari Dengan Pelbagai Alasan Penangguhan Perbicaraan Kali Ini.????Mahkamah Persekutuan perlu membuat ketetapan pada 11 Februari ini dan tidak wajar menangguhkan lagi keputusan rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat.

Menurut Muhammad Shafee, keputusan pada hari yang sama itu perlu dibuat bagi membolehkan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ketua Pembangkang daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, dapat didengar pada 12 dan 13 Februari tanpa perlu sekali lagi ditunda.

“Saya mengetuai pendakwaan ini. Jika Mahkamah Persekutuan tidak buat keputusan sama ada saya layak atau tidak, kita tidak boleh teruskan rayuan ini kerana status saya. Hanya satu cara sahaja untuk pihak pendakwaan meneruskan rayuan tanpa saya iaitu jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan saya tidak layak.

“Namun semuanya terpulang kepada Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh baharu iaitu pada 11 Februari ini untuk mendengar rayuan kali kedua Anwar bagi mengetepikan beliau yang sepatutnya diadakan pada Selasa lalu.

Pada Disember tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Aziah Ali, sebulat suara

SOKONG..!!! Mukhriz Akan Lancarkan Perang Sekiranya PAS Kedah Masih Berdegil.????

Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang.

“Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga akan bertindak,” katanya, selepas majlis penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun.



Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu.

“Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin),” katanya.

Mengulas tindakan PR yang mengheret isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu.

“Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya.

Rentetan laporan SPRM itu,

PKR Gaduh Lagi Di Twitter???

Perang Twitter antara ahli dan pemimpin PKR terus hangat di laman sosial itu, hari ini.

Terbaharu Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad turut membidas bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Nik Nazmi melalui Twitternya berkata, Faekah tidak perlu bercakap soal politik ekoran tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kata sudah bukan Setiausaha Politik, tapi masih banyak cakap soal politik.

“Anda perlu tahu masa anda sudah tamat,” tulisnya.

Semalam, media melaporkan, Faekah yang juga penyokong Abdul Khalid mula membela majikannya itu dengan membuat serangan balas dan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan bernafsu besar.



Faekah juga turut menasihatkan supaya ahli politik belajar mengenai undang-undang sebelum malakukan apa-apa tindakan.

“Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?”

“Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri,” katanya.

Susulan itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah membidas kembali kenyataan Faekah.

“Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meracau di rumah.

“Atau sudah tak relevan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sinar Harian Online cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia itu berhubung kenyataannya di laman mikro itu.

“Saya tidak mahu komen lagi.

“Kalau sudah tahu itu, cukuplah,” ujarnya ringkas.

BN Perlu Bertanding, Wajar Calon Dari MCA – Tun Mahathir?????

Memandangkan MCA sedang membuat kemunculan semula, parti itu patut diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang jika ia mempunyai peluang cerah untuk menang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas pandangan beberapa pihak bahawa Umno pula patut diberi peluang bertanding di kawasan itu setelah MCA kecundang pada pilihan raya umum lepas, bekas perdana menteri ini berkata terserahlah kepada BN untuk membuat keputusan mengenainya.

Namun, katanya beberapa perkara perlu diberi pertimbangan termasuk komposisi etnik di Kajang.

“Sekiranya orang Cina lebih banyak, maka lebih baiklah kita letak calon Cina juga,” kata beliau ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, hari ini.

Kajang mempunyai 39,030 pengundi dengan 48.3 peratus daripadanya Melayu, Cina (40.5 peratus), India (10 peratus) dan kaum lain (1.2 peratus).



Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.

Dalam PRU lepas, calon PKR Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan calon MCA Lee Ban Seng serta calon Berjasa dan tiga calon Bebas.

Bagaimanapun, Lee mengosongkan kerusi itu pada Isnin lepas.

Keesokannya, PKR menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya bagi kerusi itu sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

Ditanya sama ada BN perlu bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Dr Mahathir berkata BN tidak pernah berpaling daripada mana-mana pilihan raya dan langkah serupa perlu dikekalkan pada pilihan raya kali ini.

“Kita perlu bertanding, BN bertanding dalam semua pilihan raya sebelum ini,” katanya

Setiausaha Politik MB dan Azmin Ali Bercakaran di Twitter????

Percakaran antara dua pengikut ahli politik iaitu Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin rupanya tidak berhenti memandangkan umum mengetahui komunikasi antara mereka berdua tidak baik.

Sebelum ini, Azmin dan Faekah pernah saling tuduh-menuduh di laman sosial Twitter masing-masing ekoran dari rasa tidak puas hati mereka terhadap ketua masing-masing walaupun mereka tidak menyebut nama antara satu sama lain.

Terbaru, Azmin membidas kenyataan Faekah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) yang menyatakan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang luar Selangor harus mengetahui undang-undang politik di Selangor.

Kata Faekah, Anwar perlu meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebelum merealisasikan ‘impian’ Anwar untuk menjadi DUN Kajang atau MB Selangor.Politician outside Sgor do study State’s Constitutions, the process and procedure. Don’t insult Sultan and never overestimate yourself.” tulis Faekah.

Bukan itu sahaja, Faekah juga menyatakan tindakan beberapa pihak termasuklah Anwar yang begitu dengki untuk memecat Khalid sebagai MB Selangor adalah sebagai bernafsu besar.

“Yg mengejar bernafsu besar, yg menggendung patutkah berjiwa besar??”

Melihatkan kenyataan yang dibuat oleh Faekah dan terpukul dengan kenyataan pekerja kesayangan Khalid itu, Azmin membalas kenyataan Faekah dengan menggambarkan Faekah sebagai meracau. Juga, beliau menasihati Faekah untuk turun ke padang membantu Anwar untuk berkempen dalam PRK DUN Kajang.

“Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan calon @anwaribrahim daripada meracau di rumah. Atau dah tak relevan.” tulis Azmin di Twitternya, hari ini.Umum mengetahui, selama ini Faekah tidak berapa berkenan dan setuju dengan setiap kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh Anwar memandangkan Anwar kerap kali mengkritik pentadbiran Khalid di Selangor secara terbuka.

Bagi Faekah, perkara itu memalukan dan merosakkan imej ketuanya selaku individu yang berjawatan tinggi.

Malah, sejak dahulu lagi diketahui bahawasanya Anwar tidak menyukai Faekah kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Khalid banyak ditentukan dan dipengaruhi oleh Faekah.

Walaupun Anwar sering memberikan pendapat dan nasihat juga saranan buat Khalid tentang cara-cara untuk mentadbir Selangor, Khalid selalu tidak memberikan respon yang baik terhadap kata-kata Anwar.

Justeru, perkara itulah yang merunsingkan Anwar dan mencuba untuk menyingkirkan Faekah dari terus berkhidmat bersama Khalid dengan cara meletakkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di pejabat MB Selangor. Namun, usaha itu gagal.

Faekah semakin lantang bersuara apabila pengikut kesayangan Anwar pula, Azmin semakin rancak turut mengkritik Khalid dalam setiap gerak kerja yang dilakukannya. Justeru, pertelingkahan antara Anwar dan Khalid bukan sahaja berlaku, tetapi ia juga telah melibatkan Faekah dan Azmin.

Sebelum ini juga Faekah tidak begitu lantang bersuara namun, selepas Khalid kerap kali dibidas oleh pelbagai pihak, Faekah semakin berani bersuara menentang pihak-pihak yang cuba menjatuhkan Khalid termasuklah Anwar sendiri.

Jadi, dalam isu ini, apabila Anwar pula mengambil kedudukan secara drastik untuk bertanding dalam PRK di DUN Kajang selepas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa sebarang alasan dan dijadikan landasan buat Anwar untuk menjadi MB Selangor, ia menyemarakkan lagi rasa marah Faekah.

Tindakan Faekah ternyata berbeza dengan tindakan yang dilakukan oleh Khalid di mana ketuanya itu menyokong tinggi usaha Anwar untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang.

Nampaknya, percakaran antara Azmin dan Faekah bakal menghangatkan lagi situasi PRK yang bakal berlangsung nanti. Ini kerana, masing-masing memperlihatkan kehendak dan kepentingan peribadi secara jelas kepada rakyat.

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN BERTARAF DUNIA.....Timbalan Presiden PKR?????


Azmin Ali berpandangan penduduk di Malaysia harus bersyukur kerana pemimpin bertaraf dunia seperti Anwar Ibrahim ini sanggup turun untuk bertanding di DUN Kajang. Semua ini bagi merealisasikan cita-citanya untuk menawan Putrajaya seperti mana yang diperkatakan Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli. Menurut Azmin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, ketokohan ketua pembangkang itu bukan sahaja dikagumi di Malaysia malah di seantero dunia. Oleh itu, kesanggupan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang merupakan satu 'anugerah' untuk penduduk Kajang. Biarpun Kajang telah terkenal dengan sate Kajang, tetapi kali ini disebabkan Anwar pemimpin bertaraf dunia, Kajang kini semakin disegani dan dikenali di dunia sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia.
 

PRK Kajang - Kenali Rupa Seorang MACAI / BALACI??????

Biasa dengar/baca kan orang duk sebut2 perkataan MACAI atau BALACI .... ramai yang layan walaupun tak faham maksud sebenar benda tu. Hinggakan asal namanya penyokong parti lawan atau yang tak sama pendirian, akan terus dilabel sebagai MACAI atau BALACI kepada parti lawan atau pemimpin.

Nak tahu macamana rupa seorang MACAI atau BALACI kepada pemimpin / parti ? Ni ha ...Antara kata2 Aziz yang melayakkan beliau digelar MACAI/BALACI adalah -

“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”

“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” - Keadilandaily

Hahahaha ...... ni betul2 ikhlas punya hujah dari sudut undang2 atau hujah seorang Macai - Hujah yang jenis ' asal ada hujah tak kisahlah ia memperbodohkan diri sendiri asalkan tugas dilaksanakan' !

Menghalang sesiapa bertanding dalam Prk ? Bukankah itu akan menafikan hak seorang rakyat dalam sepertimana termaktub dalam Perlembagaan ? Kan lebih senang dan logik jika dikecam pihak yang MEMULAKAN angkara ?

Memanglah tidak salah dari sudut undang2 untuk SENGAJA menyusahkan rakyat melalui pengosongan kerusi kerana alasan peribadi tapi itu harus dilihat sebagai satu kekurangan yang perlu diperbaiki supaya perkara sama tidak diulangi.

“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,”

Kenapa bertanding semasa PRU13 tidak sampai setahun yang lalu kalau merasakan diri itu tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat ? Bagaimana kalau benda ni jadi trend kepada wakil2 rakyat yang lain ...... ikut suka hati mak bapak mereka nak lepaskan kerusi ? ( Tapi saya tidak fikir perkara ini akan berulang lagi dengan rela hati kerana SEMUA wakil rakyat merasakan merekalah yang paling hebat )



Hujah lain berkenaan sumbangan yang bakal Anwar berikan kepada Selangor sekiranya beliau berada dalam DUN nampak sangat dangkal. Apa bezanya berada didalam sebagai wakil rakyat dengan berada di luar sebagai Penasihat Ekonomi atau berada dimana2 tempat lain didunia sekalipun ?

Yang penting adalah IDEA dan NASIHAT yang mampu Anwar berikan dan dalam dunia tanpa sempadan ini, lokasi fizikal Anwar tidak penting.

Kalaupun berada dalam sidang DUN sebagai wakil rakyat, belum tentu idea dan nasihat Anwar akan di dengar .... kan ? Malah, kalau jadi MB sekalipun beliau akan terikat dengan kataputus dan sokongan dewan.... kan ? Melainkan Anwar mahu jadi MB yang tidak pedulikan pandangan orang lain dan main redah jer kerana percaya idea beliau sajalah yang terbaik.

SEMUAnya hanyalah alasan2 untuk menutup niat sebenar Anwar. Hanya yang pendek akal saja akan terima semua alasan2 dangkal begini. Maka digunakanlah MACAI yang ada kedudukan sikit untuk memberi legitimasi kepada alasan2 dangkal itu .....

Dan pengikut2 yang pendek akal pun percaya dan terimalah segala seadanya ........ dan seterusnya, ada pula yang sanggup jadi MACAI tak berbayar yang tolong sebarkan alasan2 dangkal itu

Strategi PRK Kajang Membuka Tembelang Anwar - Tan Sri Shahrir Abdul Samad??????

Heboh ketika ini soal pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang. Semua sudah maklum punca dan sebab ianya diadakan.

Walaupun, ada cadangan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding tetapi demokrasi memberikan rakyat khususnya pengundi-pengundi di kawasan Kajang membuat pilihan menentukan parti mana harus mewakili suara mereka.

Sebelum ini, sudah sembilan bulan DUN Kajang diwakili PKR. Kerajaan negeri juga kuat sehingga berjaya menguasa dua pertiga DUN Selangor.

Sama ada pengundi Kajang berpuashati dgn keadaan itu selepas sembilan bulan sejak PRU 13 akan dapat BN mengetahuinya dlm PRK ini.

Diharap bekas Adun Kajang tidak dapat imbuhan lebih besar.

BN tentu hendak menguji sokongan rakyat kepadanya walaupun ianya di negeri seperti Selangor yang kedudukan Pakatan Rakyat (PR) adalah kuat.

Cuma agak pelik mengapa

PRK Kajang: Nak Tengok Undi Bakal Diperolehi Pemimpin Bertaraf Dunia???

BUKAN calang-calang, Pakatan Rakyat menurunkan PEMIMPIN BERTARAF DUNIA bagi PRK Kajang yang bakal berlangsung.

Anwar Ibrahim yang dicalonkan oleh Pakatan Rakyat dinamakan oleh Pengerusi PKR Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR Pusat sebagai pemimpin bertaraf dunia. Sebelum ini, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail berkata Anwar adalah seorang pemimpin Anugerah Tuhan.

Azmin dalam satu taklmiat kepada jentera PKR Kajang selepas sahaja teman setianya itu diumumkan sebagai calon PR bagi PRK Kajang, menyatakan bahawa pengundi Kajang patut berbangga kerana pemimpin bertaraf dunia sanggup berkhidmat dengan mereka.

Azmin dengan bangganya memberitahu jentera parti itu "semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun."Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia.

"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar. "Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang."

Sebenarnya, disebalik pencalonan Anwar bagi PRK Kajang, dan jika menang; beliau mahu menduduki jawatan MB Selangor.; atas sebab mantan Timbalan Perdana Menteri itu tidak dapat menunjukkan testimoni pencapaiannya, sebagai Ketua Kerajaan, Pentadbir, selain semasa dalam Umno.

Anwar sejak tahun 1998 diangkat sebagai individu yang boleh menjadi Perdana Menteri, persepsi itu berlarutan sehingga PRU-13 lalu, namun semuanya tidak menjadi. Anwar terlalu gahirah menjadi PM, sehingga jawatan MB, sepatutnya boleh beliau pangku seawal tahun 2008, tidak menjadi keutamaan.

Berlainan dengan Lim Guan Eng, MP Kota Melaka itu yang bertanding di Pulau Pinang bagi kerusi DUN, tidak terlalu memikirkan kedudukan di Putrajaya, selain itu, Guan Eng merupakan pemimpin tertinggi DAP, dan juga DAP mempunyai kerusi terbanyak, maka amat mudah beliau menjadi ketua kerajaan. Demikian juga di Kelantan, pemimpin PAS mudah sungguh menjadi ketua kerajaan, kerana kedudukan kerusi yang dimilki oleh parti itu di dewan undangan negeri. Berlainan dengan Selangor, di mana kekuatan antara tiga parti yang berpakat serta BN hampir seimbang, ertinya bagi menentukan kedudukan MB, diperlukan satu konsensi. Syukur, kerana Selangor, hanya wakil rakyat yang beragama islam sahaja boleh dilantik sebagai MB, atas sebab itu, DAP tiada suara, selain secara enbloc menyokong calon MB yang disepakti oleh PKR dan PAS.

Pada PRU-12 dan PRU-13, Khalid merupakan calon MB kompromi, walaupun tiada pengalaman dalam politik, akan tetapi berpengalaman dalam dunia koporat.

Walaupun jawatan MB adalah jawatan politik, maka cara berkerjapun mesti secara politik, bukan cara korporat, namun para pemimpin PR mempotertkan Khalid berjaya dalam tugasnya. Tetapi yang berlaku sebenarnya, adalah Khalid sebenarnya gagal bertugas sebagai MB yang berorentasikan politik, walaupun berjaya mengumul simpanan wang negeri, kerana atas kapasitinya sebagai seorang korporat.

Melihat kepada kegagalan Khalid dalam dunia politik, maka timbul konflik, konflik yang amat ketara adalah antara beliau dengan Azmin Ali. Di Selangor seolah-olah kelihatan ada dua harimau yang mendiami sebuah bukit, bercakaran untuk merebuat kawasan. Anwar melihat ini, sebagai kelemahan yang amat ketara, dan jika berlarutan, maka akan menjadi penghalang utama merampas Putrajaya, namun yang amat malang dirasakan, bahawa Selangor akan menjadi Kedah kedua pada PRU-14.

Anwar mahu menjadi penyelamat, selain mahu menggunakan Selangor sebagai batu loncatan untuk beliau menduduki Putrajaya, setidak-tidaknya inilah alasan yang diberikan kepada pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Hadi Awang, penyabab ADUN Kajang diminta meletakan jawatan untuk membolehkan Anwar bertanding.

Sebenarnya,

Jumaat, 31 Januari 2014

PRK Kajang: Beberapa NGO Berhasrat Adakan Kempen Tentang PKR?????

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kajang pada Khamis menyuarakan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) dan berhasrat untuk mengadakan kempen menentang Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Pakatan Rakyat dan Anwar tidak membantu perniagaan kecil dan sederhana di Kajang ketika mereka memegang kuasa dan tidak layak mendapat undi mereka.



"Terdapat banyak kes banyak premis perniagaan kecil dimusnahkan tetapi mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu. Kami dan Umno yang bantu peniaga-peniaga ini," katanya.

Ridzuan menambah bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan percaya ahli kaum Cina dalam parti tersebut dijadikan sebagai 'boneka' oleh Pakatan Rakyat.

Ridzuan turut mempersoalkan mengenai kesanggupan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh untuk berundur bagi memberi laluan kepada Anwar.

"Kita mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat sama ada terdapat unsur rasuah berlaku dalam perkara ini," katanya.

Kenyataan Ikhlas itu disokong oleh anggota-anggota Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Pertubuhan Social Minda Prihatin dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia.

Pendedahan Kisah 3 Abdul Yang Sebenar




apa pun si anwar ni
kurang ajar
biadap
dan tidak tahu menghormati orang
tak tahu menghormati rakyat Selangor
tak hormat Undang-Undang Tubuh N.Selangor 1959
dan yg lebih besar tidak tahu menghormati Sultan Selangor
manusia yg dah terbiasa melanggar peraturan
dan terbiasa melakukan salah besar
malah terasa biasa-biasa sahaja melanggar perintah Allah
maka teramat kecil padanya kalau melanggar adab dan peraturan manusia
sebab tu etika berpilihanraya di sodoknya
etika masuk negeri orang dirempuhnya
dan ‘bahu’ Sultan dilanggarnya
orang macam ni jangan dibagi muka
kalau RAKYAT SELANGOR BERMARUAH
manusia Anuar ni kena diajar
masuk kampong orang tak ikut adat orang
memang patut di pelangkong
bagi dia sedar
bahawa Ketua Pembangkang DiParlimen
yg asal negerinya tidak beraja
bukan sesuka hati boleh mencabar Raja-Raja Melayu dan Negeri Melayu!

Peng’satay’an DUN Kajang: Anwar Cuba Raih Simpati Pulak Dah???

DARI sudut mana pun, Anwar hilang fakta untuk menjustifikasikan kekosongan dalam DUN Kajang yang sengaja dibuat bagi membolehkan dia bertanding dan seterusnya berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Gamenya sekarang, buat-buat mengaku salah, buat-buat insaf, buat-buat tak boleh elak, divert isu dan yang seumpama dengan itu supaya yang bodoh-bodoh ini (para macai) diakhirnya akan terima sajalah hakikat bahawa Anwar memang perlu bertanding disitu.

Tapi itu hanya jangkaan penulis, mengenali Anwar (bapak pembohong), apa saja boleh berlaku, silap-silap pada hari penamaan calon, orang lain yang muncul mewakili PKR. Ini semua tidak mustahil, Anwar kan, tahu sajalah.



Menariknya, Anwar sekarang sedang main ‘sympathy card’, apabila menganggap dia sebenarnya sedang ’mengambil risiko’ apabila memilih dirinya sendiri untuk mengisi kerusi yang sengaja dikosongkan - lebih sedikit 6 bulan selepas penyandangnya menang dalam PRU13 yang lepas.

Rakyat hendaknya janganlah terpedaya dengan permainan ini.

Penulis tahu, Anwar jarang mengakui silap mata politiknya awal awal, dalam banyak kes, Anwar lebih suka rakyat teka sendiri

Tapi dalam hal di Kajang ini, nampaknya ada sesuatu yang memberi tekanan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehingga dia mengaku dengan mudah bahawa kekosongan di Kajang ini memang disengajakan.

Ada yang kata ini berkaitan dengan kes rayuan liwat di Mahkamah, ada yang kata nak meneruskan momentum politik sehingga 1 Mei, tapi lebih ramai yakin Anwar sedang menyasarkan rizab Selangor sebanyak RM 3 billion yang dikumpulkan si kedekut Khalid Ibrahim.

Mana-mana satu pun, rakyat hendaknya janganlah percaya. Ini semua mainan politik Anwar Ibrahim semata-mata – menang pun ada isu, kalah apatah lagi. Ini penipu besar tahu, jangan cepat percaya muka kesian dia tu. 


Faekah bidas Anwar, teliti perlembagaan negeri????

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.
"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.

Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.

* Saat-saat MB Khalid menitiskan air mata ketika dipaksa mengumumkan calon PKR KajangFaekah Sang Setia Berkata : Anwar kah Yang Mengejar Bernafsu Besar? Sebesar manakah Nafsu Anwar?

Pengundi Kajang faham MB Khalid dipaksa turun. MB Khalid dipaksa menerima pemecatannya, MB Khalid dipaksa berbohong kepada wartawan, MB Khalid dipaksa senyum dlam tangis di depan kameraman, namun sebagai manusia biasa kadang-kadang MB Khalid tidak dapat menahan air matanya menitis.

Rayuan Faekah,"simpatilah kepada MB Khalid"

Anwar Bertanding Di Kajang Untuk Capai 1 Matlamat....Giler Kuasa Katakan????

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.

“Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri),” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program ‘Dalam Radar Khas’ terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor.Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang ‘gila kuasa’, Dr Mahathir berkata : “Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.

“Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya,” katanya.

Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.

“Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya,” katanya.

Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu.

“Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja,” katanya.

Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara.

“Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : “Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia.”

Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan.

“Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.

“Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu),” katanya.

Mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa meletakkan Anwar sebagai calon pada pilihan raya kecil itu sebagai pergerakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, Dr Mahathir berkata itu adalah tafsiran beliau.

Katanya sebenarnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada telah bermula sejak beliau menjadi perdana menteri dan tugas parti lawan ialah menjatuhkan parti pemerintah bagi membolehkan mereka menjadi pemerintah.

Katanya soal isu tidak penting dan parti lawan akan mengecam apa juapun yang dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi wang kepada mereka.

PRK Kajang Berpunca Daripada Kemelut Dalaman PKR - Najib?????

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata disebabkan kemelut yang serius dalam PKR telah memaksa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang untuk diadakan.


Disebabkan parti itu hendak menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda, mereka mengambil tindakan yang membebankan pengundi di Kajang yang rata-rata tidak senang hati dengan perkembangan itu, katanya.

Ditanya mengenai cabaran PKR agar beliau bertanding pada pilihan raya berkenaan, Najib berkata PKR tidak patut mengaitkan pilihan raya itu dengan dirinya, kerana beliau bukan punca masalah itu.

"Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka. Saya tidak ada masalah apa-apa pun. Masalahnya ialah dalam PKR, masalah mereka yang mencetuskan pilihan raya kecil ini. Ini semua masalah dalaman mereka, kenapa pula mereka pesongkan masalah itu dan kaitkan dengan saya?" tegas beliau.

"Kalau kita tengok reaksi sekarang ini kebanyakannya negatif daripada positif, itu masalah dia. Jadi pesan saya, jangan heret saya sekali, (sedangkan)ini masalah dalaman mereka," katanya.

Perdana menteri berkata demikian dalam persidangan media selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam di bilik mesyuarat pejabatnya di sini.

Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh yang menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Pilihan raya umum 2013 menyaksikan Lee memenangi kerusi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan calon MCA dari BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Sementara itu menjawab satu lagi soalan, Najib berkata banyak pandangan diutarakan pelbagai pihak mengenai langkah selanjutnya yang akan diambil Barisan Nasional berhubung PRK itu, termasuk berkaitan pemilihan calon, namun menurutnya ia akan hanya diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN nanti.

Katanya beliau belum memutuskan tarikh mesyuarat yang akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina nanti, dan ia bergantung kepada tarikh penamaan calon yang dijangka akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu depan.

"Apapun biar MT BN buat keputusan. Saya belum tetapkan tarikh (mesyuarat)saya nak tahu bila hari penamaan calon dulu...biar saya teliti dulu," kata Najib.

Sementara itu merujuk kepada perjumpaan dengan NGO berkenaan, perdana menteri berkata beliau telah memberikan penerangan mengenai pelbagai isu semasa, dan mereka pula telah menyuarakan sokongan kepada kerajaan.

Katanya beliau memberi penjelasan mengenai isu seperti harga barang dan bagaimana kerajaan menanganinya, masalah berkaitan media sosial, kalimah Allah dan sebagainya.

"Matlamatnya ialah untuk mencari satu bentuk kefahaman yang lebih jelas dan menentukan hala tuju masa depan negara, sebab apapun kita tidak boleh benarkan isu-isu ini memecah-belahkan kita,

"Kita mungkin ada perbezaan pendapat, tapi ia tidak seharusnya melebarkan lagi jurang perpecahan sesama kita," katanya. -

Serampang Kajang, Selangkah ke Putrajaya EXTREME... CALL HIS BLUFF

Kebelakangan ini tulisan saya lebih tertumpu kepada isu isu semasa dan ekonomi, tetapi bila terbaca tulisan kawan sekolah saya, rasa terpanggil memberi pendapat.

Sebenarnya saya masih tersenyum teringatkan tulisan Rafizi dibawah. Agak puitis dan amat nyata beliau memang pandai bermain dengan sentimen rakyat. Walaupun dia menyatakan "saya budak mentah dan kurang tahu bersilat politik", he was just being very humbled actually.

"Saya perlu meminta maaf kepada Rakyat Malaysia amnya dan Pengundi Kajang kerana Pilihanraya Kecil (PRK) sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat, tatkala bersusah payah dengan kemelut harga barang naik." antara katanya.

Tulisan beliau seolah olah berterus terang dan bersimpati dengan keadaan rakyat, bersetuju yg PRK Kajang menghabiskan masa dan wang, tapi masih perlukan 'pengorbanan' yg lebih besar kononnya.

ALANGKAH baiknya kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh pihak BN untuk "call his bluff". Katakan ya, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yg menitik beratkan masalah rakyat, berusaha meringankan beban rakyat melalui beberapa pendekatan kempen turun harga dan sebagainya. Kerajaan bersetuju dengan Pengarah Strategik PKR yg PRK Kajang sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat. PRK adalah jelas permainan dalaman PKR, menjadikan rakyat sebagai mangsa dan bahan ujian.

DENGAN itu BN tidak akan menamakan calon, kerana mahu memfokuskan kepada penyelesaian masalah rakyat. Politiking yg melampau dan yg jelas menjadikan Demokrasi sebagai medan bahan ketawa tidak mendapat tempat di dalam pentadbiran BN.

-----

Saya tidak nampak langsung faedah daripada mencalonkan calon BN utk PRK ini. Kerusi ini kerusi kuat PKR. Dan sekiranya memang pun tidak akan membawa apa2 perubahan di Selangor. Dan sekiranya kalah, ada besar kemungkinan BN akan kalah BESAR, akan terus BERKOKOK lah PKR ini.

LETS NOT PLAY THEIR GAMES, PLAY OURS AND PLEASE PLAY IT WELL. WHY BN ALWAYS HAVE TO BE ON THE DEFENSIVE SIDES, TAKING THE BACKSEAT, WHILE WE KNOW ATTACKS ARE BEST DEFENCE.

Khoo Kheng Keat dan Tan Boon Leong, digeruni lawan semasa mereka garang menyerang "attack", dan kalah lesu longlai bila mana asyik bertahan, seolah olah tidak lagi wujud sekarang ini...

Masanya sudah sampai (kalau tidak mahu terkulai layu dan menjadi sejarah), untuk BN lebih dilihat TEGAS, BERWIBAWA DAN BERPENDIRIAN. PLAY YOUR OWN GAMES, SIRS.

-CuitOrangKayaHajiMenulis...

Dewan Ulama Kecam : Kembalikan Jawatan MB Selangor kepada PAS????

Dewan Ulama PAS Pusat mahu kerusi Menteri Besar Selangor dikembalikan kepada PAS jika benar ada usaha dalaman yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatannya sekarang.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar turut mengkhianati keputusan bersama yang turut dipersetujui bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Presiden PAS telah membuat keputusan bahawa Abdul Khalid dilantik sebagai menteri besar. Jika PKR masih mahu meneruskan tindakan mereka (menukar menteri besar) sama seperti menghina presiden kami.

“Sekiranya benar perlu ditukar menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada Pas dan kami memilih Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menganggap tidak wajar bagi pimpinan PKR menggugurkan Khalid Ibrahim merujuk kepada pengurusan pentadbiran yang baik di bawah perkhidmatan sepanjang Pakatan Rakyat menerajui Selangor.



Khairuddin turut mengecam tindakan mengadakan semula Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang dan menganggap ianya sengaja diadakan bagi mengelak jawatan Menteri Besar itu diberikan kepada PAS.

“Ini satu pengkhianatan terhadap rakan tahaaluf siyaasi. Ini merupakan tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan parti sendiri bukan kepentingan PR.

“Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk menenangkan agenda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid juga satu pengkhianatan terhadap PAS,” katanya.

Semalam, PAS Selangor memberi amaran kepada Khalid Ibrahim bahawa sebarang pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor bukan hak eksklusif Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman berkata, pimpinan PAS di peringkat akar umbi membantah jika benar PKR bakal membuat keputusan secara bersendirian berhubung jawatan tertinggi kerajaan negeri Selangor itu tanpa merujuk kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP

Peniaga Gelar Bekas Adun Kajang 'Lembu'????

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menyifatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebagai 'lembu' berikutan tindakan drastiknya meletakkan jawatan secara tiba-tiba untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kaum Cina dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) diibarat seperti 'boneka' kerana menjadi alat permainan Anwar dalam usaha untuk meraih perhatian rakyat dan memiliki kuasa.

"Salahkan Barisan Nasional (BN) disebabkan undi Bangladesh dan isu 'Blackout'. Ini semua pembohongan dan (Anwar) penipu besar.Hari ini wakil rakyat Cina (ADUN Kajang) itu pula jadi lembu, orang Cina dalam PKR jadi boneka. Biasa orang Cina pandai tapi kini jadi bodoh," katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama peniaga-peniaga kecil di Taman Mesra di sini hari ini.

Tambahnya, keputusan meletakkan jawatan secara tiba-tiba itu merupakan tindakan yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi insiden merobohkan gerai peniaga kecil Bumiputera baru sahaja berlaku.

"IKHLAS sudah membuat kajiselidik di N25 Dun Kajang bahawa terdapat seramai 38,965 orang pengundi. Pengundi berbangsa Melayu 48.48 peratus manakala pengundi Cina 40.46 peratus. Daripada peratusan undi Melayu itu, 15 peratus adalah peniaga kecil, manakala daripada peratusan pengundi Cina pula, 35 peratus adalah dikalangan peniaga-peniaga kecil dan sederhana,"

"Isu ekonomi melibatkan peniaga khususnya peniaga Melayu ini adalah mereka seringkali ditindas dan dizalami oleh wakil rakyat," tegas beliau.

Sehubungan itu IKHLAS bersama-sama dengan para peniaga kecil dan sederhana akan berkempen untuk menolak parti yang pernah menindas dan merobohkan gerai mereka.

"Dalam kempen ini IKHLAS bersama peniaga kecil khususnya yang pernah ditindas akan berkempen habis-habisan,"

"Dalam masa sama IKHLAS juga mencabar Anwar supaya mengeluarkan lesen perniagaan kepada para peniaga kereta terpakai kerana peniaga Cina ini semuanya tiada lesen. Jika ada rasa bertanggungjawab, bayar pampasan kepada peniaga yang ditindas ini , kerugian mereka dianggarkan RM20 ribu ke RM25 ribu bagi setiap peniaga," ujar beliau.

Pada 30 Oktober tahun lepas kira-kira 70 orang anggota MPKj bertindak merobohkan gerai para peniaga Melayu di Taman Mesra, atas alasan mereka (peniaga) berniaga dengan membina bumbung kekal dan menyediakan peralatan seperti kerusi dan meja.

Harga Barang Turun Hingga 70% Serentak Tepis Fitnah Melampau Pembangkang???

Pembangkang yang sering melagukan isu harga barang naik kononnya sinonim dengan Barisan Nasional bakal kehilangan punca. Ini berikutan tindakan drastik kerajaan yang cukup perihatin pada kesulitan rakyat. Komitmen kerajaan merupakan bukti keseriusan dalam menangani masalah kos sara hidup yang kini membelenggu rakyat.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sekali lagi mempersendakan Perdana Menteri dengan mengakui sayur kangkung turun harga kerana tiada seorang pun menteri kabinet atau kroni mereka terlibat dengan perniagaan kangkung. Sikap para pemimpin PAS yang berterusan memfitnah dan mentohmah kerajaan menunjukkan sikap gelojah dan tidak matang mereka dalam menangani isu sebenar.

Husam memperolokkan kerajaan dengan berkata “Sekiranya sayuran itu dimonopoli oleh syarikat mereka sudah tentu ianya akan naik harga sebagaimana gula, minyak masak, gas, petrol dan lain-lain,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Ibrah dari kisah Nabi Yusof: Perancangan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat” pada Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat di Dewan Teratai.

Kegagalan PAS mentadbir Kelantan tidak menjadi iktibar malahan mereka dengan muka tebal sanggup menuduh kerajaan tidak ada agenda kesejahteraan dan kebajikan rakyat kononnya dengan mengutamakan kepentingan kroni dan peribadi sehingga membuatkan rakyat menderita. Semua rakyat tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan telah mengkronikan hampir kesemua projek mereka sehingga menyebabkan Kelantan terus mundur sehingga tidak mampu membekalkan air bersih kepada rakyat.

Langkah kerajaan melancarkan kempen penurunan harga barang antara 15 hingga 70 peratus secara serentak di seluruh negara itu melibatkan sehingga 4,000 jenis produk keperluan harian terutama makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, produk bayi dan kanak-kanak, minuman serta produk bukan makanan.

Kempen enam bulan ini melibatkan penyertaan 10 pasar raya iaitu, Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco. Ianya merupakan sebahagian pendekatan kerajaan bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup selagi ianya berada di dalam bidang kuasa kerajaan.

Kerajaan menggunakan empat pendekatan dalam menangani masalah kos sara hidup dengan salah satu daripadanya ialah menjalinkan kerjasama dengan pihak peniaga untuk menurunkan harga. Disamping itu kerajaan juga memperbanyakkan program bersifat kemahiran tambahan kepada rakyat agar mereka mampu menikmati pendapatan lebih tinggi serta turut memperkenalkan penetapan gaji minimum.

Pendekatan kerajaan yang mempelbagaikan bantuan kepada rakyat dan mengarahkan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab juga merupakan satu langkah yang amat baik. Tambahan pula Ops Harga 2.0 yang dilancarkan oleh KPDNKK juga boleh dilaksanakan kepada pemborong dan pembekal.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjaga. Sikap prihatin kerajaan ini memang sesuatu yang harus dipuji. Tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan isu harga barang ini sebenarnya perlu dikekang demi kesejahteraan rakyat. Pihak media alternatif perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan menyampaikan berita yang lebih telus bukannya “menari” mengikut hasutan pembangkang. Ingat jihad kita demi agama bangsa dan agama

Khamis, 30 Januari 2014

GAGAL GULINGKAN TUN M, ANWAR NAK GULINGKAN KHALID PULAK????

Setahu saya, antara sebab Anwar tak jadi PM dulu adalah disebabkan dia dikhabarkan cuba memulakan komplot menjatuhkan Tun M sebagai Perdana Menteri.

Memang masa tu dia dah "sebelah kaki" di kerusi PM...Tapi pasal kemaruk gelojoh nak sangat kuasa... dia kena terajang maut dari Tun M... segala rahsia dia yang selama ini tidak diendahkan PM terus terbongkar satu persatu, termasuk hobinya yang "luar tabii" tuuu...

Memang dulu ramai tak caya pasal hobi "luar tabii" dia tu... tapi lepas kawan-kawan baik "sebantal"nya macam Nallakaruppan dan Eskay yang jadi "tokan" supply "bahan-bahan luar tabii" tu... makin ramai pulak yang tinggalkan Anwar... nasib la kan... Allah bayar "cash"..!

Mungkin sebab dia gagal nak gulingkan Tun M dan jadi PM, maka Anwar cuba gulingkan Khalid Ibrahim pulak. Tak dapat jadi PM, jadi MB pun boleh laaaaa....

Itulah Anwar Ibrahim. Gelojoh tetap gelojoh. Jumpa "luar tabii" dia gelojoh, nak jadi MB pun dia gelojoh jugak...

Anwar...Anwar... bila nak berubah perangai ni? Buat malu anak menantu betul la hang ni... ishhh! Tu... Khabarnya rumahtangga Nurul Izzah pun porak peranda dek kerana perangai Anwar yang "gelojoh" tu... udah-udah la Anwar weiii... bawak-bawak la bertaubat... dah tua dah tuuuu...

Berjayakah Anwar kali ni nak gulingkan Khalid? Sama-sama la kita nantikan...

Pembaziran PRK DUN Kajang, Anwar Cuba Redakan Kemarahan Rakyat????

Sedar tindakannya mengundang rasa marah rakyat dan ahli politik lain di negara ini bersabit isu pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menabur janji mahu berjimat cermat dalam pilihan raya akan datang itu.

Kata Anwar, beliau mengakui sendiri proses PRK yang akan berlangsung akan menanggung perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan duit rakyat.

Justeru, beliau mahu mengguna pakai semula segala bahan kempen yang digunakan sebelum ini.

“Saya terima pandangan itu (PRK Dun Kajang suatu pembaziran). Kalau dianggap sebagai pembaziran, maka itu kosnya perlu diminimumkan.

“Dari pihak PKR sendiri, kita sudah beri arahan supaya PRK ini dijalankan dengan kos yang paling minimum termasuk menggunakan poster lama selain poster yang disyaratkan oleh SPR,” kata Anwar yang dipetik dari laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, Anwar dan pengikut parti pembangkang yang lain gemar menyalahkan pihak kerajaan dan menuduh kerajaan mudah membazir dalam menguruskan soal perbelajaan negara memandangkan ia melibatkan duit rakyat.

Namun, dalam isu PRK ini, Anwar nampaknya sudah menutup mata tentang hakikat tuduhan yang dilemparkan selama ini kerana sudah terkena kepada dirinya semula.

Bukan itu sahaja, Anwar sendiri diketahui umum bahawasanya dirinya gemar menabur janji kepada rakyat dalam setiap manifesto pilihan raya hanya kerana mahu meraih undi dari rakyat yang kononnya parti pembangkang prihatin terhadap nasib kehidupan rakyat Malaysia.

Tetapi, hingga kini, segala janji yang diberikan dalam setiap kempen pilihan raya masih lagi tidak ditunaikan walaupun parti pembangkang berkesempatan untuk berbuat demikian.

Justeri, demi memenuhi kehendak nafsu diri dan kepentingan untuk menjawat jawatan yang tinggi, persoalannya, mampukah Anwar mengotakan janjinya lagi untuk berjimat-cermat dalam PRK di DUN Kajang.

Ini kerana, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggarkan terpaksa membelanjakan lebih RM1 juta untuk menguruskan PRK di DUN Kajang.

Pun begitu, Anwar masih lagi menegaskan jumlah itu terlalu kecil untuk digunakan.

Walhal, tidak nampak sebarang keperluan yang penting untuk mengadakan PRK memandangkan tiada alasan kukuh yang timbul selepas penyandang ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sengaja meletakkan jawatan hanya kerana ingin membolehkan ketua pembangkang itu bertanding.

Dan keadaan ini hanyalah alasan licik dari Anwar untuk bertanding sebagai cara mengatasi dan menutup masalah perbalahan peribadi antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim yang berlaku sejak penggal yang lepas.

Walaupun SPR hanya menggunakan duit sebanyak RM1 juta sahaja, tetapi ia tetap dikira sebagai membazir dan itu perkara penting Anwar perlu sedar.

Awas Grafik Palsu Twitter PM Sedang Bertebaran?????

Masyarakat maya (virtual community) hari ini dikejutkan dengan penyebaran “screenshot” Twitter Perdana Menteri yang menyatakan Barisan Nasional tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Selangor kawasan Kajang pada bulan hadapan.

Grafik Twitter palsu Perdana Menteri ini diedarkan sejak tengahari tadi berikutan pengumuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRK tersebut.Grafik palsu tersebut menunjukkan Mohd Najib mengumumkan “BN tidak akan meletak calon di PRK Kajang” pada jam 8.05 pagi, 30 Januari 2014.
Grafik ini palsu kerana semakan di Jalinan Masa (Timeline) Twitter Perdana Menteri sejak semalam langsung tidak mempunyai kenyataan sedemikan (lihat grafik di bawah)
(4 photos)
 




 

Rafizi Ramli Mohon Maaf Atas Tindakan Anwar??????

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan parti beliau “memaksa” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

“Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang,” katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

Melalui posting terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau dipercayai terpaksa melakonkan aksi permohanan maaf ini setelah menyedari bahawa tindakan Anwar Ibrahim telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengundi atas pagar.

Menurut ahli parlimen Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.

Paling menarik dia turut mengakui wujudnya

Isu Kajang: Pelik bila TIBAI 'kasihan' Anwar kena tibai...????

TIBAI biasanya cukup 'sensitif' bila timbul sesuatu isu yang melibatkan gelagat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anih juga dicelah kehangatan isu ADUN PKR Kajang letak jawatan 'suka-suka' untuk beri laluan kepada Ketua Umum PKR itu bertanding,TIBAI yakni singkatan pada 'Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim' masih belum menibai.

Musyridul AM TIBAI,Zahid Md Arip yang dihubungi Agendadaily pagi Rabu ketawa besar bila ditanya mengapa beliau menyepi seribu bahasa.

"Bukan apa...saya jatuh kasihan pulak pada Anwar," katanya dengan nada sinis.

Ini katanya kerana agak terkejut melihat pertama kali rakan dan sahabat handai Pakatan Rakyat sendiri yang menibai sakan Anwar dan PKR.

"BERSIH ,Datuk Ambiga ,PAS Selangor,Ketua Pemuda PAS Selangor, bekas Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi dan ramai lagi sudah tibai...jadi biarlah kita tengok dari jauh cukup,"kata bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan itu.

zahidarip

Bagi Zahid kalau kawan-kawan sendiri sudah berbunyi begitu semua ini sudah cukup jelas membuktikan alasan yang diberi untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang memang tidak masuk akal dan mengarut.

Katanya dolak dalik Anwar tentang isu jawatan Menteri Besar Selangor juga buat orang ketawa dan ketawa.

"Bunyi macam kartun...tiba-tiba nak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri...cakap pula tak ada kaitan dengan jawatan Menteri Besar dan tak ada kaitan dengan krisis Khalid dan Azmin,"ujarnya.

Zahid tidak menolak kemungkinan setelah dipujuk rayu semuanya akan bersatu hati semula menjelang pilihanraya kecil nanti."Ini sudah tabiat pembangkang...tetapi reaksi awal mereka pasti membuat ramai yang celik pada tingkah laku politik Anwar yang sebenar,"katanya.

Jangan kata Zahid saja sehingga sekarang ramai yang masih tidak nampak lojik perlunya PKR senang-senang ikut suka hati mengosongkan kerusi DUN Kajang untuk Anwar bertanding.

Apa lagi Anwar nafi spekulasi beliau hendak jadi Menteri Besar ganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Juga tidak masuk akal dakwa Anwar beliau nak jadi ADUN Kajang sebahagian dari strategi Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

Mana lojiknya hanya dengan duduk di sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri yang terletak disebelah Putrajaya boleh beri kelebihan untuk capai hajat itu.

Selain dari kenyataan BERSIH,kritikan Nasarudin Tantawi dalam facebooknya cukup menusuk hati.Jarang sekali beliau lepas cakap begitu.

Kalau ditinjau di blog-blog,facebook dan twitter cukup ramai yang masih buat lawak dan persoalkan tindakan PKR buka pintu pilihanraya kecil tidak tentu pasal yang pastinya akan membazirkan wang rakyat.

Pandangan ini disuarakan oleh pelbagai lapisan rakyat melangkaui batas parti.

Rasanya memang jenuh Anwar dan orang-orangnya kena bersilat putar balik mood untuk terima langkah PKR.

HIDUP MELAYU !!!

PERJUANGAN mendaulatkan agama dan membina bangsa yang maju bertamadun dan berbudaya tinggi tidak akan terhenti dengan pencapaian perjuangan bangsa melayu yang telah dihasilkan sehingga kini kejayaan yang dicapai akan menjadi usang, sekiranya tiada kemajuan dan pencapaian baru dalam perjuangan bangsa kejayaan yang dicapai sehingga kini belum lagi dapat membebaskan orang2 melayu daripada elemen2 kemunduran dan kelemahan sepenuhnya masih banyak lapangan kehidupan yang belum dapat dikuasai oleh orang-orang melayu!!!!!!!!!

Kajang PAK LIWAT

~Antara yang hangat beredar ialah satu yang didakwa ditulis oleh seorang ahli PAS di Pahang....Cukup sakan dia lipat PKR dalam isu ini.????
Berikut ialah sendalokanya:

Sendaloka Kajang Berlipat
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pakatan bermaksud satu muafakat
Tapi bertindak sendirian melulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Sesuka hati melepaskan mandat
Semata melempias agenda tertentu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pedulikan susah dan perit rakyat
Yang penting tertunai kehendak nafsu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Jangan serabutkan rakan dan rakyat
Kerana berbalah sesama puakmu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Kalau pun sudah berasa kuat
Janganlah sampai rakyat jemu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Membazir tenaga dan harta rakyat
Ketika kos hidup perit membelenggu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Andai berkawan tak reti hormat
Jangan ditagih jentera membantu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Bertindak sendiri sebelum mesyuarat
Tanggung sendiri padan mukamu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Hajat nak jadi PM tak dapat
Baik gomol pulun MB dulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Berjuang kalau tak peduli akhirat
Ikut hati mati, ikut nafsu lesu


VIDEO TERBARU][NGERI] ANWAR TERLAMPAU

 Bawah Umur Jangan TOnton..hahhahahhahah



Anwar Bertanding Untuk Satu Matlamat - Tun M???


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.


Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.

"Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program 'Dalam Radar Khas' terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor.

Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DU NKajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang 'gila kuasa', Dr Mahathir berkata : "Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.

"Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya," katanya.

Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau

Jangan terpengaruh 'wayang kulit' Anwar - ADUN Dengkil????

Pengundi DUN Kajang harus membuka mata dan menilai 'wayang kulit' yang dimainkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif.


Beliau berkata antara sebab kukuh untuk pengundi DUN itu menolak Anwar ialah apabila Pemuda PAS Selangor dan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) sendiri membidas tindakan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi N25 semata-mata untuk membolehkan Anwar menjadi wakil rakyat Kajang.

Tindakan Lee itu dikatakan membuka jalan kepada Anwar dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid sebelum ini didesak seara berterusan oleh pimpinan akar umbi PKR supaya berundur sementelah kegagalannya menyelesaikan banyak perkara berbangkit termasuk krisis berpanjangan dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

"Percayalah, kalau kita sebagai rakyat Malaysia yang rasional dan seperti apa yang diperkatakan oleh pimpinan PAS sendiri, iaitu Nasruddin Hassan dan disebutkan oleh BERSIH 2.0 yang menentang keputusan oleh PKR ini, rakyat perlu fikir bahawa kita kena tolak pemimpin sebegini, terutamanya Anwar.

"Rakyat perlu menilai siapa Anwar sebenarnya. Apabila tak dapat jadi PM, jawatan yang diidamkan sekarang adalah MB. Alasannya konon nak selesaikan kemelut Azmin dan Khalid. Itu alasan yang tidak begitu konkrit dan membazirkan wang serta tenaga kita. Memang mereka rasa yakin sangat dengan meletakkan Anwar sebagai calon PRK Kajang untuk menang dan tambah majoriti," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Anwar pada Selasa diumumkan sebagai calon PRK Kajang selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menaikkan status berupa sindiran dalam laman sosial Facebooknya.

Beliau dipetik sebagai berkata pemimpin-pemimpin politik yang telah lama untuk bersara perlu bersara sebelum menimbulkan pelbagai lagi 'wayang kulit'.

"Selagi dinasour-dinasour politik ini tidak bersara dalam arena politik kita maka pelbagai kelucuan dan kacau bilau politik akan terus berdrama di persada politik tanahair..

"Mereka ini patut berundur dan berikan ruang kepada nafas baru yang bebas dari 'wayang lama' yang tidak memberi manfaat pada generasi baru.

PRK Kajang :Nik Aziz Pertahankan Anwar Membazir Duit Rakyat????


PRK Kajang :Nik Aziz Pertahankan Anwar Membazir Duit Rakyat????Setiap kali Anwar Bin Ibrahim melakukan kesalahan maka Nik Aziz akan tampil mempertahankan beliau seolah-olah telah menjadi tugas khas Nik Aziz untuk “mencuci najis” Anwar Bin Ibrahim. Sepatutnya manusia yang berada dipenghujung usia seperti beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan yang benar dan adil sahaja tanpa dipengaruhi oleh sebarang kepentingan peribadi.

Dalam keadaan Nik Aziz yang sentiasa uzur beliau dilihat berada dalam keadaan yang cukup terdesak apabila sanggup mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon mereka sekiranya menganggap pengosongan kerusi di Dun Kajang itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Mengapa Nik Aziz tidak lantang bersuara mempertahankan kesucian maruah Islam apabila Kalimah Allah dengan jelas cuba diperkotak katikkan oleh rakan-rakan seperjuangan Nik Aziz. Anehnya apabila Nik Aziz yang kononnya mewakili parti Islam Se-Malaysia sebenarnya tidak peduli langsung akan untung nasib bangsa Melayu yang beragama Islam.

Kononnya Nik Aziz muak dengan akhbar-akhbar pro Umno yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi padahal kononnya Umno sendiri lupa, bahawa langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang lebih teruk. Sebenarnya siapa yang cuba Nik Aziz tipu dengan segala manipulasi tak beretika beliau. Langkah PKR mengosongkan kerusi sesuka hati tanpa sebab musabab yang kukuh sebenarnya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika sehingga merugikan negara dan rakyat.

Mat Sabu Mohon Pas Sokong Dsai Dun Kajang?????

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa ahli parti Islam itu supaya merapatkan barisan dan memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang nanti.

Mohamad yang juga mesra dengan nama Mat Sabu membuat gesaan itu ketika ada suara-suara dalam PAS yang mempertikaikan kewajaran ADUN Kajang daripada Parti Keadilan Rakyat, Lee Chin Cheh letak jawatan dengan alasan "demi kepentingan politik".

Beliau menegaskan Pemuda PAS tidak akan memulaukan kempen pilihan raya kecil Kajang biarpun Pemuda PAS Selangor mengancam akan berbuat demikian.

"Itu pandangan peribadi mereka," katanya kepada wartawan dalam satu sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR pada Rabu.

Mat Sabu menambah pandangan peribadi ahli PAS tidak mencerminkan pendirian rasmi parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi adalah antara pemimpin kanan PAS yang lantang membidas PKR dan menyifatkan tindakan mengkhianati pengundi sebagai satu perbuatan haram.

"Saja-saja letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main-main saja!" tulis Nasruddin di laman Facebooknya pada Selasa.

Kata beliau, pilihan raya kecil bukan medan untuk menguji kekuatan atau populariti, jauh sekali medan untuk menyingkirkan rakan seperjuangan — merujuk kepada krisis dalaman PKR Selangor.

Chin Cheh mengosongkan kerusinya melalui sepucuk surat yang diserahkan kepada

PRK Kajang, Haram Kerana Khianat Amanah Rakyat – AJK Pas Pusat????

Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

“Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan. “Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan
penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat. “Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga
mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang. “Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.

Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang. Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan Dap. “Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya
haram bertindak begini. Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.

Anwar Meng’Satay’Kan Kajang, Apa Kaitan Dengan PM???


HARI ini portal berita pembangkang terbit 2 artikel, masing-masing dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pondan, Raspussy Ramli dan Azmin, yang mana mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerja bodoh yang sedang dibuat Anwar di Kajang.

Si Raspussy kata (diringkaskan), Anwar perlu bertanding di Selangor untuk mempertahankan Selangor sekiranya Najib tumbang (????), sementara Azmin pula (diringkaskan juga) mencabar Najib bertanding menentang Anwar di Kajang.

Ini gila apa? Macam mana Perdana Menteri boleh terkait dengan ini gambar?

Nak tambah cili lagi, Malaysian Insider keluar cerita khayalan kononnya malam ini Perdana Menteri akan adakan persediaan dengan beberapa pihak untuk menghadapi tentangan dari Tun Mahathir yang kononnya mahu jatuhkan beliau – penulis boleh confirm disini, Perdana Menteri tidak ada pertemuan apa pun seperti yang dikhayalkan Malaysian Insider malam ini.

Tapi boleh dimudahkan beginilah, kesemua cerita bodoh di atas adalah diversion semata-mata - cubaan nak mengalihkan isu yang sering digunakan bila pembangkang tidak boleh nak menjawab.

Hakikatnya, pembangkang hilang modal nak jelaskan kepada rakyat kenapa pilihanraya ciptaan di Kajang ini boleh berlaku.

Dua tiga sketsa kecil yang dipersembahkan setakat ini, gagal menyakinkan rakyat bahawa pilihanraya ciptaan ini, memang suatu kejadian yang tidak boleh dielakkan sangat.

Antaranya ialah pengakuan bekas ADUN Kajang bahawa perletakkan jawatan ini kerana kegagalannya menjalankan tanggungjawab, selain kononnya nak mengukuhkan pakatan haram pembangkang.

Nampak benar pembohong sebab dua alasan itu tak berkaitan langsung.

Apatah lagi, Azmin sendiri confirm, apa yang berlaku di Kajang ini ialah tactical move yang telah dirancang sekian lama. Selain itu, Anwar juga yang berasal dari Pulau Pinang dan menetap di Segambut Dalam, Kuala Lumpur, tiba-tiba sudah tukar alamat di Kajang.

Ini semua bukti kukuhlah bahawa apa yang berlaku di Kajang sekarang ialah sandiwara yang dirancang untuk memastikan Anwar ada peluang jadi Menteri Besar Selangor.

Dalam apa keadaan pun, rakyat perlu yakin bahawa Perdana Menteri tidak ada kaitan dalam benda-benda bodoh ini. Anwar kemaruk dan gila kuasa, apa nak dibabitkan dengan Perdana Menteri pulak?

Insiden ini juga membuktikan, Anwar sebenarnya bapa sandiwara dan konspirasi. Keseluruhan episod meng’satay’kan Kajang ini adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Dah berulang kali Anwar buat macam ini, itupun ada juga yang setia menyokong, sungguh penulis tak faham.

Adun Kajang letak jawatan beri laluan Anwar, satu bentuk politik kotor – BERSIH 2.0????


Badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 menyifatkan penamaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) bagi menggantikan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh adalah satu bentuk politik kotor yang patut dikutuk.

“Sememangnya adalah sesuatu yang mengejutkan apabila PKR menerima perletakan jawatan Lee dan menamakan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar sebagai calon dalam PRK.

“Ini membayangkan politik kotor dan harus dikutuk,” demikian bidasan badan gabungan itu dalam satu kenyataan.