Biasa dengar/baca kan orang duk sebut2 perkataan MACAI atau
BALACI .... ramai yang layan walaupun tak faham maksud sebenar benda tu.
Hinggakan asal namanya penyokong parti lawan atau yang tak sama pendirian, akan terus dilabel sebagai MACAI atau BALACI kepada parti lawan atau pemimpin.
Nak tahu macamana rupa seorang MACAI atau BALACI kepada pemimpin /
parti ? Ni ha ...Antara kata2 Aziz yang melayakkan beliau digelar
MACAI/BALACI adalah -
“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan
duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan
sahaja yang kata begitu,”
“Jika pihak yang mengecam itu
benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa
bertanding dalam PRK itu nanti,” - Keadilandaily
Hahahaha
...... ni betul2 ikhlas punya hujah dari sudut undang2 atau hujah
seorang Macai - Hujah yang jenis ' asal ada hujah tak kisahlah ia
memperbodohkan diri sendiri asalkan tugas dilaksanakan' !
Menghalang sesiapa bertanding dalam Prk ? Bukankah itu akan menafikan
hak seorang rakyat dalam sepertimana termaktub dalam Perlembagaan ? Kan
lebih senang dan logik jika dikecam pihak yang MEMULAKAN angkara ?
Memanglah tidak salah dari sudut undang2 untuk SENGAJA menyusahkan
rakyat melalui pengosongan kerusi kerana alasan peribadi tapi itu harus
dilihat sebagai satu kekurangan yang perlu diperbaiki supaya perkara
sama tidak diulangi.
“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau
bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi
peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang
lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,”
Kenapa
bertanding semasa PRU13 tidak sampai setahun yang lalu kalau merasakan
diri itu tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat ? Bagaimana kalau
benda ni jadi trend kepada wakil2 rakyat yang lain ...... ikut suka hati
mak bapak mereka nak lepaskan kerusi ? ( Tapi saya tidak fikir perkara
ini akan berulang lagi dengan rela hati kerana SEMUA wakil rakyat
merasakan merekalah yang paling hebat )
Hujah lain berkenaan
sumbangan yang bakal Anwar berikan kepada Selangor sekiranya beliau
berada dalam DUN nampak sangat dangkal. Apa bezanya berada didalam
sebagai wakil rakyat dengan berada di luar sebagai Penasihat Ekonomi
atau berada dimana2 tempat lain didunia sekalipun ?
Yang
penting adalah IDEA dan NASIHAT yang mampu Anwar berikan dan dalam dunia
tanpa sempadan ini, lokasi fizikal Anwar tidak penting.
Kalaupun berada dalam sidang DUN sebagai wakil rakyat, belum tentu idea
dan nasihat Anwar akan di dengar .... kan ? Malah, kalau jadi MB
sekalipun beliau akan terikat dengan kataputus dan sokongan dewan....
kan ? Melainkan Anwar mahu jadi MB yang tidak pedulikan pandangan orang
lain dan main redah jer kerana percaya idea beliau sajalah yang terbaik.
SEMUAnya hanyalah alasan2 untuk menutup niat sebenar Anwar. Hanya yang
pendek akal saja akan terima semua alasan2 dangkal begini. Maka
digunakanlah MACAI yang ada kedudukan sikit untuk memberi legitimasi
kepada alasan2 dangkal itu .....
Dan pengikut2 yang pendek akal
pun percaya dan terimalah segala seadanya ........ dan seterusnya, ada
pula yang sanggup jadi MACAI tak berbayar yang tolong sebarkan alasan2
dangkal itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan