
Siapa sangka....
H2O yang selama ini teruk dihetam bukan setakat oleh media alternatif PR malah juga yang pro BN....
Gara2 sifat tenangnya menangani sidang media yang melibatkan kehilangan pesawat malah MH370.....
Sifat dan kehebatan "sebenar" H2O telah terserlah....
Sebaliknya....Cerita2....atau muslihat tembelang Anwar pula yang telah terdedah....
Patutlah selama jadi Menteri/TPM nampak hebat.....
Allah s.w.t. Maha Besar....
Itulah akibatnya kalau kita asyik...mencari salah orang lain.....
Kebatilan akhirnya akan terdedah....
Bak kata pepatah, "Bangkai Gajah X boleh ditutup dengan daun niyur
TRAGEDI MH370 kini menjadi satu lembaran sejarah yang paling tragis
dalam dunia moden hari ini, khususnya kepada negara kita, apatah lagi
tragedi ini melibatkan pesawat negara kita dan juga penumpang negara
kita, dan negara lain.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca
tentang pemerhatian saya ketika DS Hishammuddin Tun Hussien (DS
Hishammuddin) berhadapan dengan ratusan wartawan dan media dalam serta
luar negara. Perkara ini penting kerana ianya berkaitan masa hadapan
negara kita.
Di hadapan ratusan wartawan dalam dan luar negara,
di hadapan percikan cahaya kamera, spotlight yang sudah pasti panas,
soalan bertubi-tubi, soalan provokasi, mikrofon, stesen-stesen TV dan
radio antarabangsa, ketika berjuta-juta dunia menghala ke arah anda.
Cuba bertanya adakah anda mempunyai kekuatan minda, kekuatan stamina dan
kekuatan kenegaraan selama lebih 30 hari, hampir setiap hari, untuk
berhadapan kondisi ini.
Dalam kalangan wartawan senior, anda
mungkin tidak mengetahui bahawa dahulu ada seorang bekas Menteri apabila
anda hendak mengemukakan soalan anda mesti menyediakan skrip soalan
terlebih dahulu, tidak boleh menyoal soalan yang sukar, sebaliknya
hendaklah soalan yang senang dan memberikan berita yang baik, malah
khabarnya kaki anda akan dipijak sekiranya anda cuba menyoal soalan yang
boleh menjatuhkan imejnya.
Malahan, jika anda menyoal perkara
yang membangkitkan kemarahannya, anda akan dimarahi, sebab itulah ada
yang keluar perkataan, "jika you ulang, i saman". Sebenarnya,
ugutan-ugutan seperti ini sangat-sangat tidak demokratik kepada wartawan
dan rakyat. Tatkala anda bercakap tentang kompeten, transperancy dan
keterbukaan sebaliknya anda diugut dengan saman menyaman.
Berbeza dengan DS Hishammuddin, apabila seorang wartawan luar negara
bertanya, "adakah Menteri sepupu kepada DS Najib?". DS Hishammuddin
tidak menengking wartawan itu dan tidak juga mengugut untuk menyamannya,
sebaliknya beliau menjawab dengan tenang. Satu Malaysia tahu DS Najib
adalah bersepupu dengan DS Hishammuddin sejak dahulu lagi. Akhirnya
wartawan itu memalukan dirinya sendiri.
Di Malaysia, anda
tidak akan bertanya kenapa DS Anwar, Nurul Izzah dan isterinya Dr. Wan
Azizah sekaligus menjadi wakil rakyat? Ramai orang berkata macam tidak
ada orang lain? Baca ulangan di sini . Siapakah yang menuduh kerajaan
KKN (Kronisme, Korupsi, Nepotisme)? Dan siapakah kini yang mengamalkan
KKN?