SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 21 Februari 2014

BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia Sudah Masuk Ke Akaun Bank Hari Ini

 | Agak mengejutkan apabila terdapat info yang mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 3.0 sudah pun dikreditkan ke akaun bank masing-masing bermula hari ini (21 Februari 2014). BR1M 3.0 menyaksikan kenaikan bantuan antara RM50 hingga RM150 dan penerima kategori baru berbanding BR1M sebelum ini.....Bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM650. Kategori bantuan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM450.
Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan menerima RM650 sementara kategori bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 akan menerima RM300...Penerima juga akan mendapat caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dengan nilai perlindungan maksimum RM30,000.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan