SRIKANDI SHARIENA

SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 5 Ogos 2013

RETAK MENANTI BELAH DALAM PKR?????


Atas sebab-sebab tertentu Anwar Ibrahim tidak akan mahu menjadi presiden PKR yang sah. Alasan paling kerap ditonjolkan ialah, jika beliau memimpin parti itu akan mudah dilumpuhkan jika Anwar “dianiayai” dengan pelbagai teori konspirasi.
Maka kedudukannya yang paling sesuai ialah sebagai Penasihat. Namun istilah yang gah digunakan untuk membayangkan penguasaannya terhadap PKR ialah Ketua Umum.
Anwar nampaknya tidak peduli sama ada dari segi teknikalnya Perlembagaan PKR tidak pernah menyebut kewujudan jawatan seperti itu. Namun yang penting ialah Anwar akan kelihatan dan kedengaran seperti sesuatu yang “besar” dalam parti.

Maka tinggallah presiden PKR yang sah, Wan Azizah Wan Ismail menggigit jari memerhatikan sahaja Anwar mengungguli jawatan orang paling kuat dan berpengaruh dalam parti itu......Tuduhlah Umno atau Barisan Nasional (BN) tidak demokratik dan sebagainya, namun Anwar tidak pernah menghiraukan tuduhan seumpama itu akan terpalit pada diri dan partinya. Anwar tetap mahu jadi Ketua Umum walaupun dari segi teknikal ia tidak sah.

Anwar mahu kedudukan politiknya sedemikian kerana jawatan itu tidak perlu ditandinginnya kerana ia tidak wujud. Hanya terpulang kepada budibicara presiden untuk meyakinkan Majlis Pimpinan PKR bahawa jawatan itu perlu dan wajib diwujudkan.

PKR bukan lagi parti keadilan

Dalam keadaan ini adalah sah bahawa PKR yang mendakwa parti itu memperjuangkan demokrasi dan keadilan, sebenarnya sudah tidak berlaku adil pada ahli-ahlinya. Ada ahli (Anwar sendiri) boleh diizinkan membolot hak lebih daripada ahli lain.

Anwar Ibrahim dan isterinya, adalah dua contoh cemerlang akan rekod tidak demokratiknya PKR.

Demikianlah cara hidup dan halatuju PKR – semuanya untuk mengisi keperluan dan kepentingan Anwar dan keluarganya. Namun adakah keadaan ini akan terus menjadi ciri politik istimewa dalam perjuangan PKR?

Pada penghujung 2010 PKR cuba mempamerkan sisi demokrasinya dengan menganjurkan pemilihan pimpinan melalui perwakilan di peringkat cabang. Hasilnya amat menggusarkan. Bertimbun laporan dan dakwaan bahawa berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam pemilihan itu.

Akibatnya, salah seorang daripada tiga calon Timbalan Presiden, Datuk Zahid Ibrahim merajuk dan keluar parti. Seorang lagi calon, Mustapa Kamil Ayub mengemukakan laporan berhubung ketidaktelusan pemilihan. Semuanya ditolak.

Sepatutnya hujung tahun ini PKR mengadakan pemilihan pucuk pimpinan sekali lagi. Namun sebaik selesai pilihanraya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, parti itu memutuskan pemilihan ditangguhkan. Mungkin ini bagi “mengubat luka” mimpinya untuk menjadi parti pemerintah sudah berderai.

Namun hakikatnya jika berlaku persaingan dalam parti sudah pasti ia akan mengancam kewujudan PKR sendiri. Ini kerana dalam PRU ke-13, banyak perbalahan dalam parti yang menunjuk kepada keretakan lebih besar pasti berlaku jika pemilihan terus diadakan.

Ramai yang menuduh Pengarah Pilihanraya, Azmin Ali, cuba membolot kuasa dan menafikan pemilihan calon yang lebih adil dan boleh memenangkan parti. Tidak kurang yang menyimpulkan bahawa pengaruh Anwar sebagai tekong Pakatan Rakyat semakin luntur sehingga skrip strategi pakatan itu tidak diakui oleh PAS dan DAP.