SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 11 April 2014

DAP, PKR tolok hudud... apa kata ahli parlimen PAS????

Photo: DAP, PKR tolok hudud... apa kata ahli parlimen PAS????Ketika semua pihak bercakap tentang hasrat kerajaan Kelantan laksana hukum hudud, mata-mata kini tertumpu apakah parti menggunakan nama Islam itu berupaya mendapat sokongan solid daripada semua 21 ahli Parlimennya.

Ramai sedar bahawa PAS sekarang bukan PAS yang dulu, di mana ada antara ahli parlimennya lebih selesa mengelakkan kerjasama politik dengan rakan pembangkang daripada menunaikan janji yang menjadi asas perjuangan mereka sendiri.

PAS dijangka akan mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat pada Disember nanti.

Dan jelas, DAP dan PKR terang-terang tolak.

DAP dan PKR  memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan PAS.

“Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online Rabu.

Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat PAS selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

“Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hukum hudud yang akan dikuatkuasakan di negeri ini hanya wajib ke atas umat Islam dan pihaknya juga tidak akan meniru model mana-mana negara termasuk Brunei yang telah melaksanakan undang-undang itu.

Katanya, menurut Islam, hukum hudud mempunyai dua pandangan berbeza iaitu mesti dilaksanakan secara menyeluruh atau khusus kepada umat agama suci itu sahaja.
Ketika semua pihak bercakap tentang hasrat kerajaan Kelantan laksana hukum hudud, mata-mata kini tertumpu apakah parti menggunakan nama Islam itu berupaya mendapat sokongan solid daripada semua 21 ahli Parlimennya.

Ramai sedar bahawa PAS sekarang bukan PAS yang dulu, di mana ada antara ahli parlimennya lebih selesa mengelakkan kerjasama politik dengan rakan pembangkang daripada menunaikan janji yang menjadi asas perjuangan mereka sendiri.

PAS dijangka akan mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat pada Disember nanti.

Dan jelas, DAP dan PKR terang-terang tolak.

DAP dan PKR memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan PAS.

“Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online Rabu.

Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat PAS selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

“Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hukum hudud yang akan dikuatkuasakan di negeri ini hanya wajib ke atas umat Islam dan pihaknya juga tidak akan meniru model mana-mana negara termasuk Brunei yang telah melaksanakan undang-undang itu.

Katanya, menurut Islam, hukum hudud mempunyai dua pandangan berbeza iaitu mesti dilaksanakan secara menyeluruh atau khusus kepada umat agama suci itu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan