SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 12 April 2014

Kerajaan PAS Kelantan tetap nak laksana Hudud...by hook or by crook????


Photo: Kerajaan PAS Kelantan tetap nak laksana Hudud...by hook or by crook????Nampaknya PAS Kelantan sudah nekad... apapun kata parti-parti sekutu PKR dan DAP, mereka tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat pada sidang Dewan Rakyat Jun ini atau selewat-lewatnya Disember nanti.

Ia penting bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu pada 2015, kerana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 (Hukum Hudud) tersebut sudah diluluskan di DUN Kelantan 21 tahun lalu.

Pendirian itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut.

"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di Kota Bharu pada Khamis.

Utusan melaporkan Ahmad sebelum itu ditanya tentang kenyataan para pemimpin DAP yang menegaskan parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tersebut tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan PAS.

Malah, nada sama turut dinyatakan seorang pemimpin kanan PKR apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan jelas berhubung isu hudud pada 2011.

Tentangan tersebut timbul selepas Ahmad mengumumkan hasrat kerajaan negeri membentangkan usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Parlimen akan datang bagi mendapat kebenaran melaksanakan hudud di negeri itu menjelang 2015.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat KPKK, Mohd. Adnan Mohd. Zin mendedahkan bahawa Ahmad ketika pertemuan tersebut menegaskan kepada mereka bahawa beliau tetap akan melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu.

"Dalam pertemuan kita tadi, Menteri Besar kata, by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun), apa halangan apa rintangan, kita tetap berusaha ke arah itu.

"Biar kita dihalang daripada menjalankan hukum Allah, masa itu kita akan tahu siapa yang hendak buat (hudud) dan siapa yang menghalang," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan draf untuk tujuan tersebut tetapi memerlukan sedikit penambahbaikan dan pandangan daripada pakar perundangan.

“Draf rang undang-undang ini sudah ada cuma kita masih memerlukan pandangan dan akan diperkemaskan lagi sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat.

“Kalau tidak ada halangan, usul tersebut sudah boleh dibentangkan pada Jun ini atau selewat-lewatnya Disember ini," katanya.
Nampaknya PAS Kelantan sudah nekad... apapun kata parti-parti sekutu PKR dan DAP, mereka tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat pada sidang Dewan Rakyat Jun ini atau selewat-lewatnya Disember nanti.

Ia penting bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu pada 2015, kerana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 (Hukum Hudud) tersebut sudah diluluskan di DUN Kelantan 21 tahun lalu.

Pendirian itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut.

"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di Kota Bharu pada Khamis.

Utusan melaporkan Ahmad sebelum itu ditanya tentang kenyataan para pemimpin DAP yang menegaskan parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tersebut tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan PAS.

Malah, nada sama turut dinyatakan seorang pemimpin kanan PKR apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan jelas berhubung isu hudud pada 2011.

Tentangan tersebut timbul selepas Ahmad mengumumkan hasrat kerajaan negeri membentangkan usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Parlimen akan datang bagi mendapat kebenaran melaksanakan hudud di negeri itu menjelang 2015.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat KPKK, Mohd. Adnan Mohd. Zin mendedahkan bahawa Ahmad ketika pertemuan tersebut menegaskan kepada mereka bahawa beliau tetap akan melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu.

"Dalam pertemuan kita tadi, Menteri Besar kata, by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun), apa halangan apa rintangan, kita tetap berusaha ke arah itu.

"Biar kita dihalang daripada menjalankan hukum Allah, masa itu kita akan tahu siapa yang hendak buat (hudud) dan siapa yang menghalang," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan draf untuk tujuan tersebut tetapi memerlukan sedikit penambahbaikan dan pandangan daripada pakar perundangan.

“Draf rang undang-undang ini sudah ada cuma kita masih memerlukan pandangan dan akan diperkemaskan lagi sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat.

“Kalau tidak ada halangan, usul tersebut sudah boleh dibentangkan pada Jun ini atau selewat-lewatnya Disember ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan