SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 12 April 2014

Mahkamah Tolak Saman Calon PAS Untuk Batal Kelayakan Dua Wakil Rakyat BN...Kalah Buat Cara Kalah Lah????

Photo: Mahkamah Tolak Saman Calon PAS Untuk Batal Kelayakan Dua Wakil Rakyat BN...Kalah Buat Cara Kalah Lah????Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) di sini pada Khamis menolak dua saman yang difailkan calon PAS bagi membatalkan kelayakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan wakil rakyat BN Mohamad Kamil Shafie (Manong) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup) bagi membatalkan saman pemula yang difailkan calon PAS, Jamil Dzulkarnain dan Mohd Misbahul Munir Masduki.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Mohamad Kamil dan Shahrul memberitahu pemberita, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua calon PAS itu supaya membayar RM5,000 setiap seorang kepada kedua-dua wakil rakyat B Nitu.

Dalam hujahnya kepada mahkamah, Firoz berkata saman itu perlu dibatalkan kerana calon-calon PAS mencabar pemilihan calon-calon BN.

"Calon-calon PAS telahpun mencabar keputusan pilihan raya melalui petisyen pilihan raya dan ia telah ditolak oleh hakim pilihan raya dan disahkan Mahkamah Persekutuan. Adalah tidak wajar bagi mereka untuk mencabar pilihan raya melalui saman pemula," katanya.

Pada Julai tahun lepas, Jamil dan Mohd Misbahul memfailkan saman pemula terhadap Mohamad Kamil and Shahrul, menuntut satu perisytiharan bahawa wakil rakyat BN tidak layak menjadi anggota Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga menuntut satu injunksi bagi menghalang kedua-dua wakil rakyat itu daripada memasuki atau menyertai sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

Kedua-dua wakil rakyat itu, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa mereka adalah rakyat negeri Perak dan sebarang usaha untuk membatalkan kelayakan mereka sebagai wakil rakyat perlu dilakukan melalui petisyen pilihan raya.

Jamil dan Mohd Misbahul diwakili Robin Lim.

Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Mohamad Kamil menang dengan 231 undi majoriti manakala Shahrul menang dengan 613 undi majoriti.Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) di sini pada Khamis menolak dua saman yang difailkan calon PAS bagi membatalkan kelayakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan wakil rakyat BN Mohamad Kamil Shafie (Manong) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup) bagi membatalkan saman pemula yang difailkan calon PAS, Jamil Dzulkarnain dan Mohd Misbahul Munir Masduki.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Mohamad Kamil dan Shahrul memberitahu pemberita, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua calon PAS itu supaya membayar RM5,000 setiap seorang kepada kedua-dua wakil rakyat B Nitu.

Dalam hujahnya kepada mahkamah, Firoz berkata saman itu perlu dibatalkan kerana calon-calon PAS mencabar pemilihan calon-calon BN.

"Calon-calon PAS telahpun mencabar keputusan pilihan raya melalui petisyen pilihan raya dan ia telah ditolak oleh hakim pilihan raya dan disahkan Mahkamah Persekutuan. Adalah tidak wajar bagi mereka untuk mencabar pilihan raya melalui saman pemula," katanya.

Pada Julai tahun lepas, Jamil dan Mohd Misbahul memfailkan saman pemula terhadap Mohamad Kamil and Shahrul, menuntut satu perisytiharan bahawa wakil rakyat BN tidak layak menjadi anggota Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga menuntut satu injunksi bagi menghalang kedua-dua wakil rakyat itu daripada memasuki atau menyertai sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

Kedua-dua wakil rakyat itu, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa mereka adalah rakyat negeri Perak dan sebarang usaha untuk membatalkan kelayakan mereka sebagai wakil rakyat perlu dilakukan melalui petisyen pilihan raya.

Jamil dan Mohd Misbahul diwakili Robin Lim.

Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Mohamad Kamil menang dengan 231 undi majoriti manakala Shahrul menang dengan 613 undi majoriti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan