SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 1 Februari 2014

Strategi PRK Kajang Membuka Tembelang Anwar - Tan Sri Shahrir Abdul Samad??????

Heboh ketika ini soal pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang. Semua sudah maklum punca dan sebab ianya diadakan.

Walaupun, ada cadangan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding tetapi demokrasi memberikan rakyat khususnya pengundi-pengundi di kawasan Kajang membuat pilihan menentukan parti mana harus mewakili suara mereka.

Sebelum ini, sudah sembilan bulan DUN Kajang diwakili PKR. Kerajaan negeri juga kuat sehingga berjaya menguasa dua pertiga DUN Selangor.

Sama ada pengundi Kajang berpuashati dgn keadaan itu selepas sembilan bulan sejak PRU 13 akan dapat BN mengetahuinya dlm PRK ini.

Diharap bekas Adun Kajang tidak dapat imbuhan lebih besar.

BN tentu hendak menguji sokongan rakyat kepadanya walaupun ianya di negeri seperti Selangor yang kedudukan Pakatan Rakyat (PR) adalah kuat.

Cuma agak pelik mengapa

seorang yang sudah terpilih sebagai ADUN bersedia meletakkan jawatan hanya sembilan bulan.

Apakah yang mendorong En Lee Chin Cheh melepaskan peluang yang diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat yang sudah mengundinya sedangkan perkhidmatan kepada rakyat adalah suatu penghormatan dan diberikan kepada bilangan yang terhad dalam negara kita ini?

Adalah diharapkan En Lee tidak mendapat apa-apa imbuhan untuk menggantikan kehilangan elaun sbg seorang ADUN yang pada kadar terbaru boleh melebehi setengah juta ringgit (dan tidak bercukai) sehingga PRU14 – empat tahun dari sekarang.

Bagaimanapun, adalah baik dan ikhlas sekiranya En Lee meletakkan jawatan kerana beliau merasakan tidak layak untuk berkhidmat kpd rakyat Kajang.

Tetapi beliau yang terus berada dlm PKR, menyatakan beliau berkorban untuk parti kononnya bagi memperkuatkan kerajaan PR di Selangor.

Ini satu hujah yang tidak logik kerana kedudukan PR sebenarnya adalah lebih kuat berbanding selepas PRU 12.

Oleh itu, tentunya tidak dapat dielakkan timbul sangkaan dan andaian bahawa En Lee, yang meletakkan jawatan untuk Ketua Umum PKR, pastinya mendapat imbuhan lebih besar daripada segala pulangan yang boleh diperolehinya jika terus berkhidmat kepada penduduk Kajang.

Anwar mungkin mahu ikut jejak Najib dan Muhyiddin pernah jadi Menteri Besar

Beliau bersedia menukar alamatnya dalam Mykadnya utk membuktikan yang beliau bermaustatin di Selangor.

Pada dasarnya, ini boleh memenuhi syarat baginya bertanding di DUN Kajang.

Bagaimanapun, umum mengetahui Datuk Seri Anwar Ibrahim menetap di rumahnya di Kuala Lumpur dan mengundi di kawasan parlimennya, Permatang Pauh.

Jadi sebenarnya, dimanakah tempat pemastautin Anwar Ibrahim? Adakah alamat di Mykad cukup membuktikan beliau bermaustatin di Selangor sedangkan diketahui umum yang rumah nya di Kuala Lumpur dan beliau pengundi di Pulau Pinang.

Semua pemimpin PR tahu apa sebenarnya berlaku tetapi tidak ada sesiapa yang begitu tegar memperjuangkan kebenaran akan menegur sesama sahabat satu pakatan politik. Nampak benar, semuanya dihalalkan dalam mengejar cita-cita.

Sekarang timbul pula pengakuan YB Rafizi Ramli bahawa beliau yang mengilhamkan strategi Ketua Pembangang bertanding di DUN Kajang, iaitu mengambil inspirasi daripada Perdana Menteri Turki Erdogan yang memulakan kerjaya politiknya sebagai Datuk Bandar Istanbul atau Joko Widodo, Datuk Bandar Solo, yang bakal muncul sbg calon popular Presiden Republik Indonesia.

Pengakuan Rafizi ini jelas bermaksud bahawa Ketua Pembangkang Parlimen itu sudah pasti memgambilalih jawatan Menteri Besar Selangor selepas kemenangan PRK Kajang.

Kalau sudah begitu, apa salahnya mengaku sahaja supaya pengundi Kajang dan rakyat tahu keadaan sebenar bukannya apabila disoal mengenai jawatan Menteri Besar Selangor, Anwar hanya menepis.

Agak pelik mengapa Anwar Ibrahim perlu bermula sebagai Menteri Besar untuk membuktikan beliau layak dan mampu menjadi Perdana Menteri.

Erdogan dan Joko Widodo tidak bernasib baik seperti Anwar kerana kedua-dua mereka tidak berpeluang menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan negara masing-masing.

Apapun Kajang lebih dekat dengan Putrajaya

Pendek kata, Anwar sudah cukup sedia jadi Perdana Menteri. Hanya yang diperlukan ialah kemenangan secukupnya dari segi kawasan pengundi Melayu dan Bumiputera.

Ataupun adakah sebenarnya PKR hendak Anwar mencontohi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kedua-duanya pernah menjadi menteri besar bagi negeri masing-masing?.

Secara kebetulan, mereka berdua memegang tampuk pentadbiran politik negara hari ini dan menjadi penghalang kepada cita-cita Anwar Ibrahim ke Putrajaya. Mungkin Rafizi malu nak sebut kenyataan ini kerana agaknya contoh dari luar negara akan membuktikan beliau sebagai seorang yang kononnya berpandangan luas.

Mungkin juga Rafizi sebenarnya terlupa contohnya di depan mata tanpa perlu meneropong jauh-jauh.

Strategi PRK Kajang nampaknya membuka luas tembelang PKR di Selangor.

Tidak berapa hari sebelum bermulanya Strategi PRK Kajang, Anwar Ibrahim mengutarakan cadangan diadakan usaha “National Consensus” sesuai dengan kedudukan Ketua Pembangkang Parlimen.

Media asing sibuk melaporkan cadangan itu sebagai bukti sikap kenegarawan Anwar Ibrahim.

Sekarang ada pula Strategi PRK Kajang. Kalau lah betul-betul hendakkan “national consensus” adalah lebih baik tidak diadakan pilihan raya kecil di Kajang kerana keredaan sengketa politik diperlukan untuk mengujudkan suasana yang bolih membantu kearah konsensus itu.

Gesaan kearah “National Consensus” datangnya daripada Anwar Ibrahim dan hasrat mahu jadi Menteri Besar Selangor ala Erdogan dan Joko Widodo juga datangnya dari Anwar sendiri.

Kalau kedua-duanya bercanggah, bagaimana agaknya cita-citanya menuju ke Putrajaya? Apa yg pasti, Kajang lebih dekat dgn Putrajaya daripada Permatang Pauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan