SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 30 Januari 2014

Jangan terpengaruh 'wayang kulit' Anwar - ADUN Dengkil????

Pengundi DUN Kajang harus membuka mata dan menilai 'wayang kulit' yang dimainkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif.


Beliau berkata antara sebab kukuh untuk pengundi DUN itu menolak Anwar ialah apabila Pemuda PAS Selangor dan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) sendiri membidas tindakan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi N25 semata-mata untuk membolehkan Anwar menjadi wakil rakyat Kajang.

Tindakan Lee itu dikatakan membuka jalan kepada Anwar dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid sebelum ini didesak seara berterusan oleh pimpinan akar umbi PKR supaya berundur sementelah kegagalannya menyelesaikan banyak perkara berbangkit termasuk krisis berpanjangan dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

"Percayalah, kalau kita sebagai rakyat Malaysia yang rasional dan seperti apa yang diperkatakan oleh pimpinan PAS sendiri, iaitu Nasruddin Hassan dan disebutkan oleh BERSIH 2.0 yang menentang keputusan oleh PKR ini, rakyat perlu fikir bahawa kita kena tolak pemimpin sebegini, terutamanya Anwar.

"Rakyat perlu menilai siapa Anwar sebenarnya. Apabila tak dapat jadi PM, jawatan yang diidamkan sekarang adalah MB. Alasannya konon nak selesaikan kemelut Azmin dan Khalid. Itu alasan yang tidak begitu konkrit dan membazirkan wang serta tenaga kita. Memang mereka rasa yakin sangat dengan meletakkan Anwar sebagai calon PRK Kajang untuk menang dan tambah majoriti," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Anwar pada Selasa diumumkan sebagai calon PRK Kajang selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menaikkan status berupa sindiran dalam laman sosial Facebooknya.

Beliau dipetik sebagai berkata pemimpin-pemimpin politik yang telah lama untuk bersara perlu bersara sebelum menimbulkan pelbagai lagi 'wayang kulit'.

"Selagi dinasour-dinasour politik ini tidak bersara dalam arena politik kita maka pelbagai kelucuan dan kacau bilau politik akan terus berdrama di persada politik tanahair..

"Mereka ini patut berundur dan berikan ruang kepada nafas baru yang bebas dari 'wayang lama' yang tidak memberi manfaat pada generasi baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan