SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 1 Februari 2014

BN Perlu Bertanding, Wajar Calon Dari MCA – Tun Mahathir?????

Memandangkan MCA sedang membuat kemunculan semula, parti itu patut diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang jika ia mempunyai peluang cerah untuk menang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas pandangan beberapa pihak bahawa Umno pula patut diberi peluang bertanding di kawasan itu setelah MCA kecundang pada pilihan raya umum lepas, bekas perdana menteri ini berkata terserahlah kepada BN untuk membuat keputusan mengenainya.

Namun, katanya beberapa perkara perlu diberi pertimbangan termasuk komposisi etnik di Kajang.

“Sekiranya orang Cina lebih banyak, maka lebih baiklah kita letak calon Cina juga,” kata beliau ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, hari ini.

Kajang mempunyai 39,030 pengundi dengan 48.3 peratus daripadanya Melayu, Cina (40.5 peratus), India (10 peratus) dan kaum lain (1.2 peratus).



Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.

Dalam PRU lepas, calon PKR Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan calon MCA Lee Ban Seng serta calon Berjasa dan tiga calon Bebas.

Bagaimanapun, Lee mengosongkan kerusi itu pada Isnin lepas.

Keesokannya, PKR menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya bagi kerusi itu sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

Ditanya sama ada BN perlu bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Dr Mahathir berkata BN tidak pernah berpaling daripada mana-mana pilihan raya dan langkah serupa perlu dikekalkan pada pilihan raya kali ini.

“Kita perlu bertanding, BN bertanding dalam semua pilihan raya sebelum ini,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan