Percakaran antara dua pengikut ahli politik iaitu
Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali dan Setiausaha Politik Menteri Besar
Selangor, Faekah Husin rupanya tidak berhenti memandangkan umum mengetahui komunikasi antara mereka berdua tidak baik.
Sebelum ini, Azmin dan Faekah pernah saling tuduh-menuduh di laman
sosial Twitter masing-masing ekoran dari rasa tidak puas hati mereka
terhadap ketua masing-masing walaupun mereka tidak menyebut nama antara
satu sama lain.
Terbaru, Azmin membidas kenyataan Faekah yang
juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) yang
menyatakan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
orang luar Selangor harus mengetahui undang-undang politik di Selangor.
Kata Faekah, Anwar perlu meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh
Kerajaan Selangor 1959 sebelum merealisasikan ‘impian’ Anwar untuk
menjadi DUN Kajang atau MB Selangor.Politician outside Sgor do study
State’s Constitutions, the process and procedure. Don’t insult Sultan
and never overestimate yourself.” tulis Faekah.
Bukan itu
sahaja, Faekah juga menyatakan tindakan beberapa pihak termasuklah Anwar
yang begitu dengki untuk memecat Khalid sebagai MB Selangor adalah
sebagai bernafsu besar.
“Yg mengejar bernafsu besar, yg menggendung patutkah berjiwa besar??”
Melihatkan kenyataan yang dibuat oleh Faekah dan terpukul dengan
kenyataan pekerja kesayangan Khalid itu, Azmin membalas kenyataan Faekah
dengan menggambarkan Faekah sebagai meracau. Juga, beliau menasihati
Faekah untuk turun ke padang membantu Anwar untuk berkempen dalam PRK
DUN Kajang.
“Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan
calon @anwaribrahim daripada meracau di rumah. Atau dah tak relevan.”
tulis Azmin di Twitternya, hari ini.Umum mengetahui, selama ini Faekah
tidak berapa berkenan dan setuju dengan setiap kenyataan dan tindakan
yang dibuat oleh Anwar memandangkan Anwar kerap kali mengkritik
pentadbiran Khalid di Selangor secara terbuka.
Bagi Faekah, perkara itu memalukan dan merosakkan imej ketuanya selaku individu yang berjawatan tinggi.
Malah, sejak dahulu lagi diketahui bahawasanya Anwar tidak menyukai
Faekah kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Khalid banyak ditentukan
dan dipengaruhi oleh Faekah.
Walaupun Anwar sering memberikan
pendapat dan nasihat juga saranan buat Khalid tentang cara-cara untuk
mentadbir Selangor, Khalid selalu tidak memberikan respon yang baik
terhadap kata-kata Anwar.
Justeru, perkara itulah yang
merunsingkan Anwar dan mencuba untuk menyingkirkan Faekah dari terus
berkhidmat bersama Khalid dengan cara meletakkan Setiausaha Agung PKR,
Datuk Saifuddin Nasution di pejabat MB Selangor. Namun, usaha itu gagal.
Faekah semakin lantang bersuara apabila pengikut kesayangan Anwar pula,
Azmin semakin rancak turut mengkritik Khalid dalam setiap gerak kerja
yang dilakukannya. Justeru, pertelingkahan antara Anwar dan Khalid bukan
sahaja berlaku, tetapi ia juga telah melibatkan Faekah dan Azmin.
Sebelum ini juga Faekah tidak begitu lantang bersuara namun, selepas
Khalid kerap kali dibidas oleh pelbagai pihak, Faekah semakin berani
bersuara menentang pihak-pihak yang cuba menjatuhkan Khalid termasuklah
Anwar sendiri.
Jadi, dalam isu ini, apabila Anwar pula
mengambil kedudukan secara drastik untuk bertanding dalam PRK di DUN
Kajang selepas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa
sebarang alasan dan dijadikan landasan buat Anwar untuk menjadi MB
Selangor, ia menyemarakkan lagi rasa marah Faekah.
Tindakan
Faekah ternyata berbeza dengan tindakan yang dilakukan oleh Khalid di
mana ketuanya itu menyokong tinggi usaha Anwar untuk bertanding dalam
PRK DUN Kajang.
Nampaknya, percakaran antara Azmin dan Faekah
bakal menghangatkan lagi situasi PRK yang bakal berlangsung nanti. Ini
kerana, masing-masing memperlihatkan kehendak dan kepentingan peribadi
secara jelas kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan