Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem
demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat,
tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi
membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba
memperbodoh-bodohkan rakyat. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin
Hassan Tantawi, terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan
raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya
keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil
diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai
main-main.
“Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan
untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga
tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test
drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan
seperjuangan. “Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan
pemimpin telah dipilih dengan
penuh pengorbanan dan kepercayaan.
Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat
adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti
ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa
berganda,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.
Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan
jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan
rakyat. “Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan
rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah
dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang
melambung, kini wang, masa dan tenaga
mereka mahu dihabiskan pula
untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang. “Roadshow GST, mobilisasi
TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup
dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah
perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami
bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut
jawatan.
Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan
tindakan tersebut kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya
wujud di dalam pakatan pembangkang. Tambah parah apabila PKR langsung
tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan Dap. “Ia satu tindakan
memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya
haram
bertindak begini. Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda Pas Selangor
juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang
sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya
kecil.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim
menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara
bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang. "Pemuda PAS Selangor
sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan
akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak
memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika
calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu
kenyataan media hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan