SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 31 Januari 2014

Peng’satay’an DUN Kajang: Anwar Cuba Raih Simpati Pulak Dah???

DARI sudut mana pun, Anwar hilang fakta untuk menjustifikasikan kekosongan dalam DUN Kajang yang sengaja dibuat bagi membolehkan dia bertanding dan seterusnya berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Gamenya sekarang, buat-buat mengaku salah, buat-buat insaf, buat-buat tak boleh elak, divert isu dan yang seumpama dengan itu supaya yang bodoh-bodoh ini (para macai) diakhirnya akan terima sajalah hakikat bahawa Anwar memang perlu bertanding disitu.

Tapi itu hanya jangkaan penulis, mengenali Anwar (bapak pembohong), apa saja boleh berlaku, silap-silap pada hari penamaan calon, orang lain yang muncul mewakili PKR. Ini semua tidak mustahil, Anwar kan, tahu sajalah.



Menariknya, Anwar sekarang sedang main ‘sympathy card’, apabila menganggap dia sebenarnya sedang ’mengambil risiko’ apabila memilih dirinya sendiri untuk mengisi kerusi yang sengaja dikosongkan - lebih sedikit 6 bulan selepas penyandangnya menang dalam PRU13 yang lepas.

Rakyat hendaknya janganlah terpedaya dengan permainan ini.

Penulis tahu, Anwar jarang mengakui silap mata politiknya awal awal, dalam banyak kes, Anwar lebih suka rakyat teka sendiri

Tapi dalam hal di Kajang ini, nampaknya ada sesuatu yang memberi tekanan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehingga dia mengaku dengan mudah bahawa kekosongan di Kajang ini memang disengajakan.

Ada yang kata ini berkaitan dengan kes rayuan liwat di Mahkamah, ada yang kata nak meneruskan momentum politik sehingga 1 Mei, tapi lebih ramai yakin Anwar sedang menyasarkan rizab Selangor sebanyak RM 3 billion yang dikumpulkan si kedekut Khalid Ibrahim.

Mana-mana satu pun, rakyat hendaknya janganlah percaya. Ini semua mainan politik Anwar Ibrahim semata-mata – menang pun ada isu, kalah apatah lagi. Ini penipu besar tahu, jangan cepat percaya muka kesian dia tu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan