Pembangkang yang sering melagukan isu
harga barang naik kononnya sinonim dengan Barisan Nasional bakal
kehilangan punca. Ini berikutan tindakan drastik kerajaan yang
cukup perihatin pada kesulitan rakyat. Komitmen kerajaan merupakan
bukti keseriusan dalam menangani masalah kos sara hidup yang kini
membelenggu rakyat.
Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Husam
Musa sekali lagi mempersendakan Perdana Menteri dengan mengakui sayur
kangkung turun harga kerana tiada seorang pun menteri kabinet atau kroni
mereka terlibat dengan perniagaan kangkung. Sikap para pemimpin PAS
yang berterusan memfitnah dan mentohmah kerajaan menunjukkan sikap
gelojah dan tidak matang mereka dalam menangani isu sebenar.
Husam memperolokkan kerajaan dengan berkata “Sekiranya sayuran itu
dimonopoli oleh syarikat mereka sudah tentu ianya akan naik harga
sebagaimana gula, minyak masak, gas, petrol dan lain-lain,” ujarnya
ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Ibrah dari kisah Nabi Yusof:
Perancangan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat” pada Kolokium Agenda
Kesejahteraan Rakyat di Dewan Teratai.
Kegagalan PAS mentadbir
Kelantan tidak menjadi iktibar malahan mereka dengan muka tebal sanggup
menuduh kerajaan tidak ada agenda kesejahteraan dan kebajikan rakyat
kononnya dengan mengutamakan kepentingan kroni dan peribadi sehingga
membuatkan rakyat menderita. Semua rakyat tahu bahawa kerajaan PAS
Kelantan telah mengkronikan hampir kesemua projek mereka sehingga
menyebabkan Kelantan terus mundur sehingga tidak mampu membekalkan air
bersih kepada rakyat.
Langkah kerajaan melancarkan kempen
penurunan harga barang antara 15 hingga 70 peratus secara serentak di
seluruh negara itu melibatkan sehingga 4,000 jenis produk keperluan
harian terutama makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering,
makanan dalam tin, produk bayi dan kanak-kanak, minuman serta produk
bukan makanan.
Kempen enam bulan ini melibatkan penyertaan 10
pasar raya iaitu, Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG,
Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco. Ianya merupakan sebahagian
pendekatan kerajaan bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup
selagi ianya berada di dalam bidang kuasa kerajaan.
Kerajaan
menggunakan empat pendekatan dalam menangani masalah kos sara hidup
dengan salah satu daripadanya ialah menjalinkan kerjasama dengan pihak
peniaga untuk menurunkan harga. Disamping itu kerajaan juga
memperbanyakkan program bersifat kemahiran tambahan kepada rakyat agar
mereka mampu menikmati pendapatan lebih tinggi serta turut
memperkenalkan penetapan gaji minimum.
Pendekatan kerajaan yang
mempelbagaikan bantuan kepada rakyat dan mengarahkan tindakan
penguatkuasaan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab juga
merupakan satu langkah yang amat baik. Tambahan pula Ops Harga 2.0 yang
dilancarkan oleh KPDNKK juga boleh dilaksanakan kepada pemborong dan
pembekal.
Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan
kebajikan dan kepentingan rakyat terjaga. Sikap prihatin kerajaan ini
memang sesuatu yang harus dipuji. Tindakan pembangkang yang cuba
mempolitikkan isu harga barang ini sebenarnya perlu dikekang demi
kesejahteraan rakyat. Pihak media alternatif perlu bersikap lebih
bertanggungjawab dengan menyampaikan berita yang lebih telus bukannya
“menari” mengikut hasutan pembangkang. Ingat jihad kita demi agama
bangsa dan agama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan