Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia
(IKHLAS) menyifatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang
sebagai 'lembu' berikutan tindakan drastiknya meletakkan jawatan secara
tiba-tiba untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kaum Cina dalam Parti
Keadilan Rakyat (PKR) diibarat seperti 'boneka' kerana menjadi alat
permainan Anwar dalam usaha untuk meraih perhatian rakyat dan memiliki
kuasa.
"Salahkan Barisan Nasional (BN) disebabkan undi
Bangladesh dan isu 'Blackout'. Ini semua pembohongan dan (Anwar) penipu
besar.Hari ini wakil rakyat Cina (ADUN Kajang) itu pula jadi lembu,
orang Cina dalam PKR jadi boneka. Biasa orang Cina pandai tapi kini jadi
bodoh," katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama
peniaga-peniaga kecil di Taman Mesra di sini hari ini.
Tambahnya, keputusan meletakkan jawatan secara tiba-tiba itu merupakan
tindakan yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi insiden merobohkan
gerai peniaga kecil Bumiputera baru sahaja berlaku.
"IKHLAS
sudah membuat kajiselidik di N25 Dun Kajang bahawa terdapat seramai
38,965 orang pengundi. Pengundi berbangsa Melayu 48.48 peratus manakala
pengundi Cina 40.46 peratus. Daripada peratusan undi Melayu itu, 15
peratus adalah peniaga kecil, manakala daripada peratusan pengundi Cina
pula, 35 peratus adalah dikalangan peniaga-peniaga kecil dan sederhana,"
"Isu ekonomi melibatkan peniaga khususnya peniaga Melayu ini adalah
mereka seringkali ditindas dan dizalami oleh wakil rakyat," tegas
beliau.
Sehubungan itu IKHLAS bersama-sama dengan para peniaga
kecil dan sederhana akan berkempen untuk menolak parti yang pernah
menindas dan merobohkan gerai mereka.
"Dalam kempen ini IKHLAS bersama peniaga kecil khususnya yang pernah ditindas akan berkempen habis-habisan,"
"Dalam masa sama IKHLAS juga mencabar Anwar supaya mengeluarkan lesen
perniagaan kepada para peniaga kereta terpakai kerana peniaga Cina ini
semuanya tiada lesen. Jika ada rasa bertanggungjawab, bayar pampasan
kepada peniaga yang ditindas ini , kerugian mereka dianggarkan RM20 ribu
ke RM25 ribu bagi setiap peniaga," ujar beliau.
Pada 30
Oktober tahun lepas kira-kira 70 orang anggota MPKj bertindak merobohkan
gerai para peniaga Melayu di Taman Mesra, atas alasan mereka (peniaga)
berniaga dengan membina bumbung kekal dan menyediakan peralatan seperti
kerusi dan meja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan