SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 31 Januari 2014

Dewan Ulama Kecam : Kembalikan Jawatan MB Selangor kepada PAS????

Dewan Ulama PAS Pusat mahu kerusi Menteri Besar Selangor dikembalikan kepada PAS jika benar ada usaha dalaman yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatannya sekarang.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar turut mengkhianati keputusan bersama yang turut dipersetujui bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Presiden PAS telah membuat keputusan bahawa Abdul Khalid dilantik sebagai menteri besar. Jika PKR masih mahu meneruskan tindakan mereka (menukar menteri besar) sama seperti menghina presiden kami.

“Sekiranya benar perlu ditukar menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada Pas dan kami memilih Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menganggap tidak wajar bagi pimpinan PKR menggugurkan Khalid Ibrahim merujuk kepada pengurusan pentadbiran yang baik di bawah perkhidmatan sepanjang Pakatan Rakyat menerajui Selangor.



Khairuddin turut mengecam tindakan mengadakan semula Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang dan menganggap ianya sengaja diadakan bagi mengelak jawatan Menteri Besar itu diberikan kepada PAS.

“Ini satu pengkhianatan terhadap rakan tahaaluf siyaasi. Ini merupakan tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan parti sendiri bukan kepentingan PR.

“Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk menenangkan agenda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid juga satu pengkhianatan terhadap PAS,” katanya.

Semalam, PAS Selangor memberi amaran kepada Khalid Ibrahim bahawa sebarang pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor bukan hak eksklusif Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman berkata, pimpinan PAS di peringkat akar umbi membantah jika benar PKR bakal membuat keputusan secara bersendirian berhubung jawatan tertinggi kerajaan negeri Selangor itu tanpa merujuk kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan