SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 30 Januari 2014

PRK Kajang: Cubaan Anwar Kurangkan Suara Cina Dalam DUN Selangor????


SEPANJANG yang penulis tahu, Anwar bukanlah satu manusia yang berani ambil risiko. Dari dia masuk politik, sampai jadi Timbalan Perdana Menteri, banduan, bekas banduan dan kemudian ketua pembangkang, Anwar sentiasa cari jalan selamat untuk hidup dan relevan dalam politik.

Risiko, kalau adapun yang Anwar berani ambil, hanya setelah tahu dia tidak akan menang dalam apa cara sekalipun.

Contohnya, sebelum PRU13 yang lepas, Anwar diam-diam jumpa PM minta nyawa sebab dah tahu dia akan kalah, tanpa pengetahuan DAP dan PAS. Itu playsafela tu, nak selamatkan tengkuk sendiri.

Anyway, benda itu dah lepas, biarkanlah, lagipun bukan soal itu yang penulis nak ’tinggi cahaya’ (highlight) kan hari ini.

Yang penulis nak sentuh hari ini ialah, keberanian Anwar buat suka hati dia sekarang ini ialah kerana Anwar tahu cina yang ada di Malaysia hari ini bodoh-bodoh belaka. Suka hati dialah nak arah ADUN letak jawatan supaya dia boleh ganti dan sebagainya sebab ini semua calculated risk - cina pasti akan sokong.

Si bodoh yang letak jawatan tak sampai setahun menang sebagai ADUN itupun dari bangsa yang sama juga.

Anwar dah baca dah, cina kat Kajang nun akan tetap undi dia kerana DAP sudah makan budi dengan Anwar yang kononnya berjaya pujuk orang Melayu untuk menerima parti rasis tersebut – pedulilah duit rakyat terbazir atau tidak.

Entah berapa percent sangatlah Melayu yang undi DAP ni, tapi pada DAP, 1% pun dah cukup besar rahmat. Banding dulu (sebelum 2008), haram apa percentage pun tak ada.

Tapi masalahnya, sebab Anwar kemaruk, kerajaan dan rakyat yang kena tanggung kos ‘wayang kulit’ Anwar untuk jadi Menteri Besar Selangor setelah hasrat nak jadi Perdana Menteri Malaysia kian tak tercapai.

Belanja nak buat pilihanraya kecil ni bukan sikit, lebih satu juta, berapa banyak kangkung boleh beli tu? Bila PM bagi contoh kangkung, pandai kata menghina rakyat dan buat parodi, yang dia senang-senang hati arah ADUN turun supaya dia boleh isi kekosongan itu, nak kata apa pulak?

Ironinya, dalam pada Anwar dok canang sana sini kerajaan membazir belanja, tapi sekarang siapa yang suka-suka membazirkan wang rakyat dengan ’mencipta’ pilihanraya kecil tanpa sebab yang munasabah?

Jadi kalau ada yang nak dipersalahkan dalam hal ini selain Anwar, penulis berani nak kata disini kaum cina, kerana merekalah yang membolehkan semua benda ini berlaku – dari ADUN cina yang letak jawatan, sehinggalah kepada sokongan yang bakal diberikan kepada Anwar atas dorongan DAP.

Anwar hanya tunggu masa nak ambil peluang saja, siapa nak jadi bodoh, dia peduli apa.

Yang rugi tetap orang cina. Dulu elok jumlah cina dalam DUN Selangor berlebih seorang, kini dah berkurang seorang sebab nak jayakan sandiwara politik Anwar. Kalau itu bukan kebodohan, penulis tak tahu nak kata apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan