Ketua
Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum
PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi
negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan
bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan
‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.
“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan
Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter....Menteri Belia dan Sukan
itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet
Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’.
Menurut Khairy “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus
selepas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar
telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK)
Dun Kajang.
Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.
“Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.
Paling menarik apabila mantan mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin
yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam
pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia secara sinis mengatakan
tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk memberikan laluan
kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat.
“Tak ada
mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada)
kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main
saja,” tulisnya.
Disebabkan isu perletakan jawatan dan
pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah
satu tindakan yang bijak. Tambahan pula ia dilakukan kerana isu
perbalahan dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini
hangat diperkatakan. Berikut adalah antara pandangan masyarakat
berhubung isu ini.
Mohd Salihin Nadzari Lantik Anwar
bertanding. Anwar ni dah jadi gila macam Sultan Melaka. Eloklah tu
Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah. Nanti bolehlah bawa
keturunan Sultan Melaka ke Kajang.
Harimau Malaya II Kenapa
perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai
Menteri besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu
Sultan sebagai Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun
Kajang, hari ini MB Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar
nafikan hendak jadi MB Selangor, nanti dah menang apa yang berlaku? Apa
alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit nazak atau dah mati? Kenapa
Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang sesuai jadi calon Dun
Kajang?
Harimau Malaya II KALAU ADE CALON BEBAS MACAM MANA ??
SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN WALHAL X NAZAK,XSAKIT
DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA ???? KALAU BN
BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN BERTANDING
WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK BELANG,KEBODOHAN
DAN KETAMAKAN ANWAR ……RENUNGKAN
Triton Hilux Tak tahulah apa
alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan
menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR)
Suzana Elani duk pompang bn barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan