SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 30 Januari 2014

Permainan Politik Anwar Ibrahim sudah bermula????

Keputusan Pilihanraya umum ke 13 yang masih memihak kepada Barisan Nasional sebagai pemerintah yang Sah Kerajaan Malaysia menggagalkan Impian mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walaupun menang di Parlimen Permatang Pauh dan memenangi Majoriti Kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, kumpulan Pembangkang yang diketuai oleh Anwar masih gagal merampas kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan namanya semakin tenggelam Pasca PRU 13 menyebabkan beliau mengambil langkah drastik memainkan beberapa isu di Negeri Selangor. Perletakan jawatan Adun Kajang dr PKR, merupakan gambaran awal kepada strategi politik yang telah dicatur oleh ketua pembangkang tersebut.

Ramai masih tertanya-tanya apa sebenar yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Selangor. Persoalan kini, adakah Permainan Politik Anwar sudah bermula. Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan