SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 30 Januari 2014

PRK Kajang: Penyokong Anwar Serang Pemuda Pas????

Para penyokong Anwar, menjadikan laman-laman sosial sebagai medan untuk menyerang Ketua Pemuda Pas ekoran ancaman kenyataan Pemuda Pas Selangor yang akan memboikot Pilihan raya Kecil Kajang sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan bertulis yang munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

“Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR,” katanya..Bertindak atas kenyataan tersebut, para penyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mula menyerang Syarhan dan jenteranya. Paling menarik serangan tersebut turut ditujukan kepada Suhaizat Kaiat dan jentera Pemuda Pas Pusat secara keseluruhan dengan pelbagai kata-kata keci dan hinaan.








Ada yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak matang, tidak bijak dan terencat akal, malah ada yang menyifatkan Pemuda Pas sebagai pencacai dunia dan akhirat, ‘kangkung’, mentaliti ‘orang ulu’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, ada mengatakan kenyataan itu sebagai satu tindakan yang tidak bermaruah kerana menyokong isu yang menguntungkan Umno.

Tidak tahan dengan cacian dan kejian itu, beberapa orang penyokong Pas mula tampil bagi mempertahankan tindakan tersebut. Mereka menyifatkan ia sebagai bukti bahawa Pemuda Pas bukan menyokong secara membabi-buta atau sebagai lembu yang dicucuk hidung.

Kesimpulannya, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor adalah merupakan satu tindakan tidak boleh diterima sama sekali.

Alasan untuk meredakan pergolakan dan pergeseran antara kumpulan Azmin dan Khalid Ibrahim tidak boleh dijadikan alasan sama sekali. Ini kerana selain membuang masa ia juga merupakan satu pembaziran wang rakyat demi nafsu politik dan kepentingan peribadi.

Malah ia juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gabungan antara PKR dan Pas sangat rapuh. Walaupun secara luaran mereka nampak seperti menyokong antara satu sama lain, namun pada hakikatnya boleh di ibaratkan sebagai ‘gunung berapi’ yang hanya menanti masa untuk meletup.

Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada Anwar kerana tindakan PKR yang sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang telah membuktikan apa yang dikatakan oleh Umno selama ini adalah benar. Iaitu Anwar bukanlah ‘pemimpin anugerah tuhan’ seperti yang dikatakan tetapi adalah merupakan individu yang tamak dan kemaruk untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan