SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 3 September 2013

PR diam bila Pulau Pinang naikkan 100% surcaj air????


P
etrol memang sudah dijangka naik harga ekoran harga minyak dunia yang sedang melambung naik sekarang ini, apatah lagi, ambang perang di beberapa buah negara, terutama sekali di negara-negara pengeluar minyak sedang mula tercetus......Usaha Kerajaan Malaysia untuk menahan kenaikan harga tersebut, tidak mampu bertahan lama memandangkan tiada sebarang petunjuk, harga komoditi berkenaan akan menurun dalam tempoh terdekat ini.

Kalau zaman Perang Dunia Kedua dahulu, getah dan timah naik harga berkali-kali ganda kerana perang, sekarang ini yang naik harga pula adalah Petroleum.

Dan petroleum bukan boleh ditoreh atau pokoknya boleh ditanam di mana-mana sahaja sebaliknya pemilikan petroleum melibatkan syarikat-syarikat negara dan kapitalis-kapitalis yang memang mengharapkan sebarang spekulasi dan faktor kenaikan harga akan berlaku sekerap yang mungkin.....

... Itu PETROL dan DIESEL yang sudah pasti akan turut menaikkan harga barangan dan khidmat kepenggunaan.

Bagaimana pula dengan SURCAJ AIR di Pulau Pinang yang akan dinaikkan 100%? Ada sesiapa yang peduli dengan kenaikan berkenaan yang jauh lebih mencekik leher dan perut rakyat berbanding petrol memandangkan air adalah keperluan asasi?

Kalau Pulau Pinang menaikkan SURCAJ AIR, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat konsesi di seluruh negeri terutama sekali Kedah yang air dari negeri tersebut, telah digunakan secara percuma oleh Pulau Pinang untuk mengaut keuntungan besar daripada rakyatnya sendiri?

Bagaimana pula dengan Selangor yang sekarang ini sedang berusaha menekan syarikat-syarikat konsesi air di mana saham Kerajaan Negeri ada dalam setiap syarikat-syarikat berkenaan?

Kalau petrol dan diesel mengikut harga pasaran dunia, apakah air juga mengikut pasaran dunia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan