SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 3 September 2013

Harga petrol naik~ Rafizi ajak Khairy debat lagi...Inilah Isu Saja Dapat Dimainkan Oleh PR???????


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk satu lagi pusingan debat, kali ini berkenaan isu kenaikan terbaru harga minyak.........Seperti mana yang dijangka, Rafizi Ramli menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.....Najib yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan itu diambil sebagai langkah awal mengurangkan defisit negara selain menjimat dana untuk membiayai program-program membantu rakyat berpendapatan rendah termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Rafizi mendesak perbahasan diadakan antara beliau dan Khairy untuk mengupas fakta-fakta yang menyebabkan kepada kenaikan harga minyak oleh kerajaan.

"Saya minta supaya Datuk Seri Najib untuk membenarkan Khairy Jamaluddin berdebat dengan wakil Keadilan mengenai isu harga minyak ini kerana saya pasti beliau bersedia untuk berdebat kecuali presiden Umno tidak membenarkan.

Rafizi mendakwa kenaikan harga minyak berpunca daripada salah urus ekonomi dan berkata kerajaan seharusnya mengurangkan subsidi untuk sektor korporat yang termasuk penjana elektrik bebas.



"Anggaran jumlah subsidi yang ditanggung adalah sebanyak RM 24.8 bilion, namun itu merangkumi semua bahan api termasuk subsidi korporat, petrol dan diesel hanyalah sebanyak RM14.8 bilion iaitu hanya 59 peratus dari jumlah subsidi bahan api yang dibelanjakan kerajaan.

"Ini bermakna subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas yang dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun adalah hampir sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat," kata beliau.

Pembangkang termasuk PKR sebelum ini mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah berani untuk mengurangkan defisit dan hutang negara yang menurut mereka berada di tahap yang amat membimbangkan.

Khairy dan Rafizi sudah mengadakan debat mengenai isu-isu nasional dua kali sebelum ini termasuk sekali di London dan yang terbaru, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan