SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 3 September 2013

LIM GUAN ENG PATUT DAH BOLEH KELUARKAN ARAHAN, HARAMKAN STESEN MINYAK DI SELURUH PULAU PINANG????


Masa filem TANDA PUTERA hendak ditayangkan di Pulau Pinang, Guan Eng segera mengeluarkan arahan MENGHARAMKAN tayangan filem berkenaan, kononnya filem tersebut memaparkan fakta-fakta sejarah yang telah diputarbelitkan dan memberi kesan buruk kepada DAP. Apabila orang ramai mentertawakan kekalutan dan kegelabahan Guan Eng, anak Lim Kit Siang itu segera membetulkan kenyataannya bahawa ARAHAN PENGHARAMAN itu sebenarnya bukanlah arahan tetapi NASIHAT.

Begitu juga apabila perarakan dan demonstrasi menentang Kerajaan UMNO, bukan main lagi Guan Eng memberikan hujah-hujahnya membenarkan perbuatan berkenaan tetapi apabila demonstrasi dan perarakan menentangnya dibuat di Pulau Pinang, kelam-kabut Guan Eng memanggil polis yang dilabelkannya sebagai ANJING UMNO untuk menghalang semua demonstrasi dan perarakan.

Bila para pecacai DAP mengutuk PDRM dan menyifatkan PDRM tidak mempunyai kuasa untuk menghapuskan penyangak dan penjenayah, maka Guan Eng tampil pula dengan cerita menggantikan PDRM dengan pelbagai cdangan tidak masuk akal, termasuklah mengecilkan jumlah keanggotaan PDRM yang disifatkannya sebagai membazir.



Pendek kata, kalau dengar cerita Guan Eng, semua benda nak diharamkan dan diboikot.

Nah, sekarang petrol dah naik jadi RM2.10 dan diesel pula jadi RM2.00. Apakah dengan kenaikan itu, Guan Eng akan muncul dengan usul dan cadangan-cadangannya yang tidak masuk akal, termasuklah mengharamkan kewujudan stesen-stesen minyak di seluruh Pulau Pinang, atau Guan Eng akan menyatakan bahawa petrol dan diesel di seluruh Pulau Pinang akan diambilalih oleh Kerajaan Negeri secara keseluruhannya. Atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sanggup menurunkan harga petrol dan diesel dan memberikan subsidi daripada perbendaharaan negeri bagi kesenangan penduduk Pulau Pinang, sekaligus menunjukkan dan membuktikan tindakan Kerajaan Persekutuan memotong subsidi terhadap RON95 dan diesel adalah tidak wajar dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP sudah pun membuktikan penyelesaiannya.

Atau Guan Eng sekadar menyalak dan terus menyalak seperti para pecacainya yang lain juga tanpa sebarang amaliah yang konstruktif sebagai bukti kepada teori-teori yang dituturkannya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan