SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 2 September 2013

ANWAR IBRAHIM KEMBALI DIPERKATAKAN! PAS TERLAMBAT LAGI????

Anwar Ibrahim tahu apa yang sedang berlaku dan Anwar Ibrahim sangat marah dengan PAS kerana parti yang ditubuhkan dari sisi rusuk UMNO itu, disifatkan sebagai mengkhianati perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri. Malah lebih teruk lagi, di dalam PKR sendiri, Anwar Ibrahim dan anak beranak sedang terancam apabila sudah ada gerakan untuk menyisihkan Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah secara sistematik.
Beberapa arahan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim telah dibocorkan oleh kelompok dalaman PKR sendiri.

Kebelakangan ini, Anwar Ibrahim sentiasa dalam tekanan. Beberapa gerakan di dalam PAS terutama sekali dalam kes penyapuan elemen Anwarinas dalam parti, telah memberi kesan yang amat besar kepada Anwar Ibrahim. Cengkamannya ke atas PAS, nampaknya kian berakhir, terutama menjelang pemilihan utama parti berkenaan.

Lebih teruk lagi buat Ketua Umum PKR itu ialah apabila sudah beberapa kali, segelintir pemimpin PAS yang selama ini mendiamkan diri dan hanya membiarkan sahaja mereka dikuasai oleh penyokong serta penyembah Anwar Ibrahim, kini sudah bersuara, menyanggah beberapa keputusan dan dasar Pakatan Rakyat, sekaligus memberi malu kepada Anwar Ibrahim sendiri.

Dan yang paling ditakuti oleh Anwar Ibrahim ialah apabila sudah ramai penyokong dan pemimpin PAS yang memberikan persepsi negatif terhadap DAP, sambil mengungkit-ngungkit perbuatan serta tindakan dan keputusan Pakatan Rakyat sewaktu PRU13 lalu yang terlalu banyak merugikan PAS.

Disebabkan itulah, Anwar Ibrahim cuba mensensasikan isu kononnya Najib Abdul Razak, UMNO dan Barisan Nasional cuba mengadakan rundingan meja bulat dengannya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan, bukan PAS yang terlebih dahulu berada di meja rundingan dengan UMNO dan Barisan Nasional, sebaliknya dia sendiri.

Itulah sebabnya, para pecacainya sudah mulai bising. Kata mereka, Anwar akan lebih disanjung sekiranya dia meneruskan tentangannya terhadap UMNO, Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak.

Malangnya, di pihak lawan, Najib, UMNO dan Barisan Nasional tidak hingin langsung bertemu dan berbincang dengan Anwar Ibrahim sebagaimana yang diberitahu oleh Ketua Umum PKR itu kepada para penyokongnya. Yang beria-ia buat cerita adalah Anwar dengan harapan, cerita itu akan menjadi kuasa pendesak bukan sahaja kepada UMNO dan Barisan Nasional serta Najib Abdul Razak, tetapi khususnya kepada PAS yang semakin menyakitkan hati Anwar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan