Dyana Sofya Mohd Daud
(gambar)berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas sepenuh masa di kawasan
parlimen Gelang Patah sebagai setiausaha politik pemimpin veteran DAP
itu selepas pilihan raya umum yang lalu. Awal tahun 2012, graduan
undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mencuri tumpuan ramai
apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri
pada satu sidang media khas. Mengimbau kembali pengalamannya di
UiTM.....Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam
seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu. "Golongan bukan
Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu.
"Sebuah
institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu
dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama
seperti yang kita bayar di UiTM," katanya dalam wawancara dengan media
pro-Pakatan baru-baru ini.
Beliau percaya sudah sampai masanya
sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan
diacu berasaskan keperluan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan