Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang pembohongan dan
taktik jahat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan “kerajaan perpaduan”
padanya....Melalui satu sesi wawancara bersama Asia Sentinel baru-baru
ini, Anwar mendakwa Najib turut menawarkan jawatan Timbalan Perdana
Menteri padanya dan empat jawatan menteri pada Ahli Parlimen PKR.
Namun Anwar mendakwa kononnya dia menolak tawaran tersebut.
Mujurlah menyedari pembohongan “sesumpah” itu, Pejabat Perdana Menteri
telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar tersebut dan
menjelaskan tentang penipuan yang cuba dipalit Anwar terhadap pemimpin
nombor satu negara itu.
Saya kira, ramai yang sudah membaca kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri itu, bukan?
Sebenarnya, saya tidak hairan dengan “permainan” Anwar kali ini. Ini
bukan pertama kali dia menjual “auta” pada media antarabangsa. Sudah
berkali-kali dia berkonspirasi dengan media-media dari dalam dan luar
negara.
Yang peliknya, masih banyak lagi media antarabangsa yang “percaya” dan memberikan perhatian pada “sesumpah” itu?
Tambah memelikkan lagi, masih ramai juga golongan yang mahu terus
mempercayai “tukang karut” yang seolah-olah sudah gila itu menjaja
cerita-cerita tidak masuk akal dan palsu, semata-mata kerana mahukan
kerusi Perdana Menteri.
Siapa Anwar untuk ditawarkan kerusi
Timbalan Perdana Menteri? Kalau UMNO nak bersatu sekalipun, saya yakin
PKR takkan jadi pilihan untuk kita bergabung sebagai Kerajaan Perpaduan…
Mungkin kerana terlalu tersinggung, kecewa dan marah kerana tidak
diajak seperti PAS untuk duduk semeja bagi membincangkan agenda Kerajaan
Perpaduan, maka Anwar cuba mereka-reka cerita bohong begitu?
Mungkin UMNO pernah mempelawa PAS untuk duduk semeja bagi membincangkan
perpaduan ummah. Namun untuk menjemput PKR, saya tidak fikir UMNO
sanggup memandangkan kita semua tak sudi semeja dengan individu yang
rosak akhlak dan peribadinya.
Cukuplah segala kerosakan dan
budaya songsang yang pernah Anwar perkenalkan di dalam UMNO dulu.
Cukuplah UMNO rosak kerana dia. Dan cukuplah segala dosa yang dia semai
di dalam UMNO. Kita tidak rela dia busukkan UMNO lagi…
UMNO
cukup kenal siapa Anwar. UMNO cukup “masak” dengan perilaku Anwar. Bukan
saja dia buat hal di dalam parti, malah di dalam kabinet kerajaan pun
dia begitu aktif memalit najis. Malah Malaysia hampir “dijual”nya
dulu..!
Bagi mereka yang baru setahun jagung mengenal Anwar,
mungkin mereka akan teruja dengan kepetahan autanya di pentas politik.
Tapi di dalam UMNO, kami lebih mengenali dia luar dan dalam.
Itu belum lagi dengar cerita dari sahabat-sahabat baiknya yang kini
telah berpatah arang dengan bapa Nurul Izzah itu. Kalau dulu mereka
anggap Anwar sebagai keluarga, kini Anwar lebih dianggap sebagai
pengkhianat agama, nusa dan bangsa!
Jadi, apa hairannya dengan
cerita Anwar pada Asia Sentinel itu? Penafian secara rasmi sudah dibuat.
Kalau tidak dinafikan Pejabat Perdana Menteri sekali pun, saya yakin
apa yang keluar dari mulut Anwar itu semuanya karut dan bohong belaka.
Hanya mereka yang rendah daya pemikiran saja yang akan terjebak dengan
pembohongan Anwar itu. Tapi mungkin dunia kini di akhir zaman, ramai
pula yang “ter”percaya pada Anwar. Semoga kita dijauhkan dari
mempercayai kalimah yang terbit dari lidah “dajal kecil” itu…
insyaAllah…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan