SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 19 Ogos 2013

Kelayakan Pendidikan Anwar Dalam Bidang Sains Sosial Layak???

Kita semua sedia maklum, parti pembangkang, PKR-DAP-PAS hingga kini masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi dalam PRU13 bulan Mei lalu...Ketidakpuasan hati mereka sentiasa ditonjolkan dalam apa keadaan sekali pun lebih-lebih lagi diperlihatkan oleh Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pilihan raya sudah lebih 3 bulan berlalu.PR menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan menghantar petisyen bantahan keputusan PRU13 di beberapa buah mahkamah negeri. Juga, BN turut..mengambil tindakan yang sama atas dasar tidak puas hati juga.Tetapi, kesemua petisyen yang dihantar telah ditolak oleh hakim-hakim dinegeri-negeri yang terlibat kerana tidak memenuhi peruntukan undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya. Petisyen-petisyen yang dihantar oleh parti BN juga menerima nasib yang sama di mana ditolak oleh hakim dengan alasan yang sama.

Dan kerana tindakan hakim-hakim ini, Anwar naik angin hinggakan memperkecilkan kredibiliti seorang hakim dalam mengadili kes-kes tertentu termasuklah kes pilihan raya. Jadi, untuk menuduh hakim-hakim ini tidak berilmu dan tidak arif mengenai dunia perundangan adalah dengan cara
menghebahkan dalam sidang media.


Seperti biasalah, Anwar akan menuduh dan memperlekehkan badan kehakiman dengan pendapat peribadinya yang difikirkan sentiasa betul. Kata Anwar,hakim-hakim yang menolak petisyen yang dikemukakan oleh PR perlu masuk belajar semula sebelum betul-betul layak untuk menjadi hakim di mahkamah.

Kata Anwar lagi, penolakan petisyen yang dibuat oleh hakim adalah tidak berasas.“Keputusan hakim sangat mengaibkan nama baik dan status badan kehakiman kita. Pertama menolak dengan asas paling tak bertanggungjawab. Bayangkan,mereka tolak semata-mata orang yang mengemukakan petisyen itu tak datang,kata beliau. Saya berpuluh-puluh kes tak pernah bawa sendiri, semua melalui peguam. Ini paling tak munasabah. Hakim patut masuk kuliyah semula,kata Anwar.

Inilah keadaan diri Anwar apabila beliau sudah mula untuk meroyan. Anwar sentiasa memikirkan dirinya betul hinggakan tidak sedar yang beliau telah menghina kerjaya seorang hakim.Dek kerana masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada PR, Anwar akan terus-terusan menyerang kerajaan dan badan SPR. Jadi, serangan seterusnya adalah kepada badan kehakiman.

Agaknya Anwar lupa, kerana keputusan hakim yang dikatakan tidak berilmu dan perlu belajar semula, Anwar terlepas dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari?Sudah lupakah Pak Nuar?

Bila Anwar bersuara seperti ini yang memperlihatkan beliau terlalu arif dalam dunia perundangan, menunjukkan beliau lebih layak untuk menjadi hakim dimahkamah.

Menyingkap sejarah ringkas kelayakan pendidikan Anwar, Anwar ketika menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1967 hingga 1971, bidang yang diambil oleh beliau adalah Sains Sosial (Pengajian Melayu). Sepanjang menuntut di UM, Anwar tidak begitu menyerlah dalam bidang akademik dan kalau dapat dicari dalam Wikipedia pun, ia memberikan jawapan Anwar banyak memberikan tumpuan kepada kegiatan dalam Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Belia Malaysia (ABIM), tetapi tidak ada rekod tentang pencapaian akademik Anwar semasa di UM.

Yang dilebihkan oleh beliau adalah melibatkan diri dalam masalah Sosio-akademik.

Jadi, apakah kelayakan Anwar untuk memperlekehkan kredibiliti dan keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim mahkamah negeri? Nampaknya, bukan sahaja jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia cuba untuk Anwar dapatkan, jawatan sebagai hakim di mahkamah pun Anwar mahu. Sebabnya,bagi Anwar, apa sahaja keputusan yang tidak berpihak kepada PR, memang salah orang lain. Tidak ada salah bagi parti pembangkang.

Tengok sahaja pada Anwar, belajar dalam Sains Sosial, beliau boleh mengkritik hakim-hakim yang ada tidak pandai dan perlu belajar semula. Jadinya, tidak adalah guna buat hakim-hakim, peguam negara yang belajar tinggi hingga berhabis duit untuk bekerja dalam dunia perundangan. Macam itukah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan