SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 18 Ogos 2013

Pergolakan Mesir~ Utamakan Keselamatan Nyawa Lebih Penting???

PAS kelihatannya cuba menjadi jaguh dan juara dalam ’membela’ nasib rakyat Mesir yang berhadapan dengan tindakan keras dari tentera kerajaan tersebut. Semalam sahaja penulis dimaklumkan, hampir semua kawasan dimana PAS menguasai masjidnya, khutbah Jumaat yang dibacakan begitu berapi-api sekali diikuti dengan sembahyang hajat mendoakan keselamatan rakyat Mesir.

Tidak ketinggalan, acara mengutip derma.

Maklumlah, PAS sentiasa dakwa parti Ikwanul Muslimin pimpin bekas Presiden Mohamad Morsi adalah sekutu parti tersebut walaupun sepanjang Morsi menjadi Presiden, tak seorang pun pemimpin PAS yang diterima berjumpa dengan Morsi, berbunyi pun tidak.

Tapi baguslah, ada semangat nak mempertahankan saudara seagama sendiri, sehingga terlupa askar yang tembak rakyat sendiri itupun ada diantara mereka orang Islam juga tapi terpaksa patuh kepada arahan pihak atasan, sementara penyokong Morsi yang terkorban dan tercedera itu pula bukan semua yang beragama Islam seperti mana anggapan banyak pihak disini.

Cakap pasal sembahyang hajat, penulis tak pasti sama ada doa itu diterima Allah swt atau tidak kerana PAS dan penyokongnya adalah tergolong dalam golongan munafik.

Anehnya, sementara penyokong PAS disini dibakar begitu sekali emosi masing-masing berhubung kejadian berdarah di Mesir, pengikut PAS di negara tersebut pula sudah tidak sabar-sabar untuk balik semula ke sini. Ibu bapa masing-masing sudah sibuk meminta kerajaan mempercepatkan operasi membawa keluar semua pelajar tersebut walaupun dalam masa yang sama PAS sibuk menganjurkan jihad disini.

Percanggahan jenis macam manakah ini? Penulis tak terkejut kerana memang itulah PAS, cuba jaguh dalam banyak benda terutama yang berkaitan dengan Islam, sedangkan prinsip dan tindakan parti itu bercanggah dengan Islam dalam banyak hal.

Ya, kita semua prihatin dengan pertumpahan darah di negara tersebut, malah Perdana Menteri sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan meminta pertumpahan darah dihentikan segera, tapi membakar perasaan orang Islam disini, bukanlah tindakan yang betul untuk dibuat.

Kalau PAS rasa pengaruhnya sudah cukup kuat untuk mempengaruhi situasi di Mesir, PAS seharusnya menganjurkan rakyat Mesir agar mengutamakan keselamatan nyawa sendiri. Lebih-lebih lagi yang nak dipertahankan ini bukan hal berkaitan dengan agama Islam pun, tapi lebih kepada pertikaian politik antara pengikut Morsi dan tentera.

Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis bersabda yang bermaksud ”Seseorang Islam itu ialah yang menyelamatkan kaum muslimin melalui lidah (bicara) dan tangannya (kuasa dan perlakuan), dan orang yang beriman pula ialah orang yang dipercayai oleh orang lain dalam menjamin nyawa dan harta benda mereka. (Riwayat al-Tirmizi).

Hadis itu secara jelas menyatakan Islam melarang pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar kerana apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan musnah dan ketenteraman akan hilang - situasi sama seperti yang berlaku di Mesir sekarang.

Tapi sudah tentu sebagai parti yang menakrif Islam setakat mana yang boleh beri keuntungan politik, PAS tidak akan prihatin dalam hal-hal macam ini. Lebih lagi PAS sejak 1979 adalah parti yang berkiblatkan kepada revolusi Iran yang didorong oleh perjuangan pihak Syiah.

Macam biasa bagi pengikut Syiah, pertumpahan darah adalah mengatasi perkara-perkara lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan