Nampaknya
makin ramai yang sudah membuka mata dan tersedar tentang kemelut dalaman
DAP berhubung pemilihan CEC yang benar-benar memalukan “Dinasti Lim”.
Mungkin “mati akal” untuk menyelamatkan diri, “Dinasti Lim” cuba menarik
Perdana Menteri dalam kancah masalah mereka.
Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng mungkin sedar bahawa imej empayar “Dinasti Lim” yang
diasaskan oleh bapanya semakin tercemar akibat “maklumat yang bocor”
pada pemilihan CEC pada akhir tahun lalu.
Cuba mengalihkan
tumpuan ramai ahli DAP yang menyalahkan dirinya berhubung kontroversi
itu, dia mendesak Datuk Seri Najib turut campur dalam soal pertikaian
partinya dengan RoS.
Kononnya, kalau Najib jamin RoS tidak akan
membatalkan pendaftaran DAP, dia sedia heret badan bebas itu ke
mahkamah. Itu kenyataan terbaik Guan Eng untuk menyelamatkan dirinya?
Dengan kuasa jaminan Perdana Menteri?
Sudahlah dia buat hal di
dalam parti, kesalahan dan “permainan”nya pula “dikantoikan” ahli
sendiri, kini dia cuba meminta pertolongan dari Perdana Menteri? Dia
fikir Najib ada masa nak tolong dia? Banyak lagi perkara penting yang
beliau perlu uruskan…
Pada saya, kalau Guan Eng buat hal di
dalam parti, itu urusannya dengan ahli-ahli parti. Kalau ahli parti
rujuk masalah yang dia timbulkan pada RoS, maka dia selaku Setiausaha
DAP perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalahnya dengan badan itu.
Bukan begitu sepatutnya?
Apakah Guan Eng fikir Najib mampu
memberi jaminan untuk RoS tidak membatalkan pendaftaran DAP? Tolong
sikit! Najib sendiri tidak punya kuasa untuk campur tangan dalam hal
ehwal urusan RoS. Apatah lagi untuk memberi jaminan!
Kalaulah
Najib beri jaminan RoS tidak akan membatalkan pendaftaran DAP sekali
pun, apakah Guan Eng fikir jaminan itu “laku” di mata RoS? RoS sendiri
pernah membatalkan pendaftaran UMNO melalui mahkamah satu ketika dulu.
Apa Guan Eng sudah lupa?
Jadi, saya menyarankan pada Guan Eng
supaya jadi seorang lelaki yang “gentleman” untuk menyelesaikan masalah
“Dinasti Lim” dengan ahli-ahli DAP dan ikut saja arahan arahan RoS tanpa
membabitkan pihak luar di dalam masalah tersebut.
Sendiri “gatal”, sendiri garulah! Sendiri buang air besar, takkanlah nak suruh orang lain yang tolong cuci? Cuci sendirilah…
Maklumat terkini yang saya perolehi mengenai pergolakan dalaman DAP
menunjukkan semakin ramai pihak, khususnya di peringkat akar umbi yang
mempersoalkan kreadibiliti, ketelusan dan kuasa “Dinasti Lim” di dalam
parti itu.
Kalau kita seringmembaca beberapa individu, ketua
cawangan dan bahagian DAP yang mengutuk serta mengkritik kepimpinan
“Dinasti Lim”, jangan terkejut jika apek jual sayur yang memangkah DAP
kini bangkit mengangkat cangkul menentang Guan Eng dan bapanya.
Kata mereka, “ini dua olang talak guna.. dia manyak tipu! Sama kita pun
dia mau tipu, lakyat macamana? Lagi manyak dia olang tipu loooo..”,
saya hanya tersengih mendengar cerita dan keluhan mereka.
Kata
mereka, mereka sayangkan DAP. Tapi mereka kini menyampah pada “Dinasti
Lim”. Tapi mereka percaya walaupun pemilihan CEC akan diadakan sekali
lagi, “Dinasti Lim” hampir pasti akan mengekalkan “status quo” menguasai
parti itu.
Bukan apa, mereka tahu tentang gerakan “Dinasti
Lim” yang pastinya sudah “membeli” ramai kroni-kroni dari kalangan
pemimpin tertinggi sebelum ini untuk terus mengundi mereka.
“Itu plojek juta-juta munyaaa..wa jual sayur saja.. aiyyaaa.. lama-lama
lingkup la ini DAP..” Katanya membayangkan kekayaan sebenar para
pemimpin DAP yang disembunyikan melalui dewan-dewan dan persatuan Cina.
Itu mungkin kata seorang apek dari sebuah daerah di utara. Kalau apek
jual sayur di sebuah daerah kecil pun tahu tentang “wayang opera” yang
dipertontonkan “Dinasti Lim”, bayangkan apakah kebobrokan anak beranak
itu tidak diketahui oleh ahli-ahli DAP yang lain? Entahlah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan