SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 21 Ogos 2013

Syed Akhbar Perlu Letak Jawatan Presiden Bloghouse???

MUNGKIN ramai antara kita yang ‘berblogging’ selama ini tidak sedar akan kewujudan sebuah entiti yang antara lain diamanahkan untuk menjaga kebajikan para blogger di negara kita – tidak kiralah blogger politik atau blogger masak memasak sekalipun, asalkan mempunyai blog, mereka layak untuk bernaung dibawah entiti tersebut.
Entiti yang penulis maksudkan ialah BlogHouse yang turut dinaungi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

BlogHouse pada awal-awal kewujudannya begitu aktif menganjurkan aktiviti dan seminar untuk para blogger di Malaysia termasuk perhimpunan yang mengumpulkan para blogger dari serata negara Asean, tapi sejak kepimpinan entiti tersebut bertukar tangan kepada Presiden sekarang, Syed Akhbar Ali, BlogHouse tidak lagi berfungsi seperti mana yang sepatutnya.

Tidak ada seminar, tidak ada aktiviti, jauh lagi nak menjaga kebajikan para blogger yang menjadi antara teras utama penubuhan BlogHouse dulu. Malah blog BlogHouse pun kali terakhir dikemaskini pada Julai 2011!!

Kalau blog sendiri pun liat untuk dikemas kini, jangan pelik kenapa bila ada blogger yang ditimpa kecelakaan jalan raya, rumah dipecah masuk, keputusan wang dan sebagainya, wakil dan Presiden BlogHouse tidak ada disitu untuk membantu mereka.

Jauh dari menjadi payung kepada blogger-blogger di Malaysia, BlogHouse terpalit dengan pelbagai pergolakan politik dalaman yang membosankan dan tidak menguntungkan mana-mana pihak sejak Syed Akhbar menjadi Presiden.

Diakhirnya, siapakah yang menjadi mangsa, para blogger yang sepatutnya mendapat manfaat dari matlamat penubuhan BlogHouse dulu.

Sedangkan di luar, Syed Akhbar bukan main lagi menonjolkan dirinya sebagai seorang yang pintar dan serba serbi sempurna dalam semua keadaan (Professor Serba Tau).

Dia juga bebas mengkritik semua orang termasuk penasihat Perdana Menteri sebagai tidak mempunyai fungsi, sedangkan dia sendiri sejak dilantik kerajaan sebagai panel Penasihat SPRM bagi mewakili blogger, tidak berupaya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap Suruhanjaya tersebut sehingga sekarang.

Nak kata tidak ada peruntukan, tahukah kita bahawa BlogHouse menerima sumbangan/tajaan dari kerajaan dan pihak swasta melebihi RM 1 juta untuk menjalankan operasinya? Kemana semua wang tersebut pergi dan kenapa ia tidak dibelanjakan untuk tujuan yang menjadi asas kepada penubuhan BlogHouse?

Penulis tidak mahu mengandaikan yang bukan-bukan, tapi kalau Syed Akhbar tidak berfungsi seperti mana sepatutnya, lebih baik dia berundur sajalah dari jawatan tersebut dan menyerahkan teraju kepimpinan BlogHouse kepada individu lain yang mempunyai keupayaan untuk mengendalikan entiti tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan