SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 21 Ogos 2013

Apa Pencapaian Saifuddin Selepas Sebulan Bekerja Dengan Khalid???

Umum mengetahui, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sudah pun memegang jawatan sebagai Ketua Staf di pejabat Menteri Besar Selangor....Peranan Saifuddin banyak mencakupi menjaga kerja-kerja dan mengawal selia kakitangan-kakitangan di pejabat MB.
Sebelum ini juga, umum sedia maklum terdapatnya pergolakan dalam menentukan jawatan Saifuddin dalam menguruskan pembangunan negeri Selangor di sisi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mahukan Saifuddin diangkat menjadi Pegawai Seranta Politik pada Kongres PKR yang lalu, Khalid mengambil sikap ‘selamba badak’ dengan tidak mempedulikan arahan Anwar.

Hanya selepas beberapa bulan selepas itu, baru ada tindakan dari Khalid bila mana memenuhi kata-kata Anwar untuk mengambil Saifuddin bekerja disamping dirinya. Tetapi, hanyalah sebagai Ketua Staf sahaja yang pada pandangan Khalid layaklah diberikan kepada Saifuddin. Sebelum-sebelum ini, Khalid sememangnya terkenal dengan sikap akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh Anwar. Tetapi tidak semestinya harus dilaksanakan sejajar dengan arahan yang diberikan.

Rasanya, sudah sebulan Saifuddin memegang jawatan Ketua Staf di pejabat MB. Persoalannya, apakah pencapaian atau perkara yang sudah pun dilakukan oleh Saifuddin?

Sebenarnya, dalam isu siapa Saifuddin dan apa jawatan yang layak dipegang oleh Saifuddin, sudah awal-awal lagi Khalid berfikir dengan dalam dan tajam sebelum mengumumkan kepada khalayak. Sebab itulah Khalid mengambil masa yang lama dalam menentukan patut atau tidak Saifuddin diberikan jawatan sebagai Pegawai Seranta Politik di pejabat MB.

Di akhirnya, hanya jawatan sebagai Ketua Staf yang layak dipegang Saifuddin. Kebenarannya, walaupun Saifuddin bertindak sebagai Ketua Stad, Khalid masih lagi berkuasa dan mengawal dengan ketat jawatan yang dipegang oleh Saifuddin.

Buktinya, walaupun arahan Anwar mahukan Saifuddin memegang jawatan lain, lain pula yang Khalid berikan. Ini kerana, Khalid sedar dengan permainan politik Anwar yang mahu menjatuhkan dirinya secara senyap-senyap. Tujuan Anwar mengheret Saifuddin ke dalam pejabat MB hanyalah mahukan Saifuddin menjadi ‘mata-mata’ setiap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Khalid. ‘Mata-mata’ supaya Khalid tunduk dan mengikut segala nasihat Saifuddin dan mengenepikan peranan pegawai-pegawai Khalid yang sedia ada.

Tetapi, seperti yang diperkatakan tadi, Khalid yang sedikit bijak dari Anwar dapat menghidu perancangan busuk dari Anwar. Jadi, Khalid bertindak meletakkan Saifuddin dengan jawatan yang dilihat tidak ada fungsi dalam pejabat MB mahu pun untuk parti PKR.

Namun bagi Anwar, masih ada lagi harapan untuk meneruskan rancangan menjatuhkan Khalid bila mana Saifuddin masih ‘diterima’ masuk ke pejabat MB iaitu dengan cara mengawal pegawai-pegawai paling rapat dengan Khalid, Setiausaha Politiknya, Faekah Husin dan pegawai benteng lain seperti Rohani Datuk Talib dan Setiausaha Akhbar, Arfaeza Abdul Aziz.

Jenama politik Khalid yang kita ketahui, Khalid tidak gemar berhadapan dengan situasi atau isu yang beliau tidak berkenan. Sekiranya namanya dibangkitkan oleh seseorang ahli politik, Khalid seboleh mungkin akan mengelak dari bersemuka dan hanya menggunakan pegawai-pegawainya seperti Faekah yang bermulut celupar untuk mengatasi masalah yang timbul. Jadi, Faekah, Rohani dan Arfaeza merupakan benteng politik bagi Khalid untuk beliau terus berpolitik sebagai MB Selangor.

Soal Saifuddin pula, Anwar begitu teruja mahukan Saifuddin dimasukkan ke pejabat MB adalah kerana mahukan Saifuddin merobohkan ‘benteng politik’ yang dibina oleh Khalid ini. Namun, selepas sebulan berkhidmat, ternyata Saifuddin tidak mampu.

Pada awalnya, misi utama yang mahu dilaksanakan oleh Saifuddin adalah mengatur dan menyusun semula fungsi serta kedudukan jawatan ketiga-tiga pegawai politik Khalid ini selari dengan kehendak Anwar yang sejak dahulu lagi mahukan ketiga-ketiga ‘perempuan kesayangan’ Khalid ini disingkirkan dari padangan Khalid.

Apabila sudah pun berjawatan, ternyata Saifuddin gagal untuk merobohkan ‘benteng politik’ Khalid ini. Sebab itulah seperti yang dikatakan di awal tadi, Khalid jugalah yang memegang ketat dan mengawal jawatan Saifuddin.

Justeru, dalam isu ini, tidak ada maknalah atau fungsi Saifuddin dalam pejabat MB. Pastinya, Saifuddin telah mengecewakan permintaan Anwar yang mahukan dirinya menjadi gunting dalam lipatan buat menjatuhkan Khalid dari berkuasa di Selangor.

Akhirnya, Anwar terpaksa menanggung malu kerana terpaksa bermuka-muka mengakui Khalid adalah seorang pemimpin yang berkarliber dan berjaya menjadi pemimpin terbaik di Selangor.

Walhal, Anwar langsung tidak berkenan dengan pentadbiran Khalid yang serba liat, lembab dalam membuat keputusan dan kedekut dalam mengeluarkan perbelanjaan wang rakyat. Secara tidak langsung, ia menyukarkan kedudukan Anwar untuk menjadi pemimpin yang kekal menjadi pentadbir terbaik dalam parti pembangkang.

Dan dipenghujungnya juga, fungsi Saifuddin langsung tidak diperlukan dan beliau harus sedar, dirinya hanya dipergunakan oleh Anwar sebagai senjata memenuhi matlamat menjatuhkan Khalid sejak berakhirnya PRU13 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan