Alhamdulillah! Lega rasanya bila mendengar khabar mengenai
keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang sebulat suara menolak rayuan
penyokong-penyokong LGBT yang mahu membatalkan keputusan pihak berkuasa
mengharamkan semua program “Seksualiti Merdeka”.
Semalam, panel
tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Mohamad
Ariff Md. Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan tersebut,
sekaligus menafikan golongan yang cuba mencetuskan budaya songsang LGBT
di Malaysia.
Pada saya, keputusan tersebut adalah satu rahmat
buat Malaysia yang bakal menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara
yang ke-56 pada hujung Ogos ini. Malaysia merdeka dari budaya LGBT!Saya
yakin, para penyokong LGBT seperti Ambiga, Marina Mahathir, Irene
Fernandez serta NGO seperti SUARAM dan Bar Council akan menganggap
keputusan itu sebagai “zalim” dan tidak adil. Maklumlah, bukankah mereka
pejuang “hak asasi manusia” yang “menghalalkan” segalanya…
Sebenarnya, saya tidak faham apakah pegangan puak-puak LGBT yang
dikatakan semakin meluas pengaruhnya. Apakah mereka beragama Islam?
Apakah mereka pengikut agama Buddha atau menganut ajaran Hindu?
Setahu saya, sebanyak 28 laporan polis telah dibuat berhubung program
“Seksualiti Merdeka” yang cukup kuat berbaur gejala songsang LGBT itu.
Laporan-laporan polis itu dibuat oleh kumpulan yang terdiri dari
masyarakat Islam, Buddha dan Hindu.
Dari itu, jelaslah bahawa ketiga-tiga agama terbesar di Malaysia ini menolak sama sekali gejala songsang tersebut.
Persoalannya, apakah para penyokong LGBT dan “Seksualiti Merdeka” itu
dengan sengaja mengenepikan kepentingan fahaman agama masing-masing demi
“hak asasi manusia” di dalam konteks pemahaman mereka?Dari sudut Islam
sendiri, sudah terang-terang bahawa amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender itu dilarang keras dan haram hukumnya. Malah dosanya amat
besar dan turut diceritakan tentangnya di dalam Al-Quran.
Berdasarkan nas Al-Quran, Hadith dan instinbat hukum fiqh ulama sunni
yang sangat jelas itu, susah sangatkah individu seperti Marina Mahathir,
Sister in Islam, Siti Zabedah Kasim dan Md. Nor Ismat Selamat untuk
faham dan taat pada ketetapan itu?
Saya menyarankan agar pihak
yang berkenaan seperti Jakim, jabatan-jabatan agama Islam, dakwah dan
sebagainya supaya memberi “tarbiyah” terbaik pada golongan itu. Kalau
boleh, “kuarantin”kan mereka sehingga terselamat aqidah dan fahaman
mereka.
Bukan apa, sebagai muslim, saya rasa bertanggungjawab
sedikit sebanyak untuk menyelamatkan beberapa golongan yang kononnya
“cerdik pandai”, “educated”, “berpelajaran tinggi hingga di luar negara”
dan “elit” tersebut.
Seburuk-buruk fahaman mereka, mereka
belum sampai ke tahap Lina Joy, bukan? Kalau Lina Joy kita gagal
selamatkan, apa salahnya kalau kita selamatkan golongan yang terlalu “liberal” dan “perasan pandai” itu, bukan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan