PEGUAM PKR BERMAIN DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN?????????
Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) ini dalam kenyataannya kepada Malaysiakini berkata
berdasarkan hampir 70% penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam
kejadian tembakan dari kaum India....Menurut beliau ini menunjukkan
polis menjalankan profail berdasarkan kaum (racial profiling) bagi
mencegah jenayah.
“More dangerously, it also results in rough
treatment of Indians in police custody. That Indians have been victims
in many high-profile death in custody cases is a clear result of
consistent racial profiling.”
Hakikatnya, rakyat tidak peduli apa
kaedah yang digunakan oleh Polis selagi ia membantu membanteras jenayah
dan tidak menyalahguna kuasa dengan menuduh mereka yang tidak bersalah
sebagai penjenayah.
Sebahagian ahli politik yang
berkepentingan, aktivis hak asasi manusia dan pejuang demokrasi ala
Amerika mungkin tidak peduli dengan masalah rakyat bawahan.
Apakah setiap kali Polis ingin menangkap penjenayah mereka perlu
melihat statistik dahulu sebelum melakukan tangkapan atau tindakan?
Jika telah ramai kaum India ditangkap maka mereka perlu menghentikan
tangkapan kepada penjenayah kaum India sehingga statistik tangkapan
berasaskan kaum menjadi seimbang?
Tanyalah orang ramai di
jalanan sama ada Melayu, Cina, India atau apa sahaja kaum lain, siapakah
yang mereka paling takut dan gerun dijalanan?
Tanya juga peniaga kedai makan 24 jam terutama restoran mamak yang terpaksa membayar duit perlindungan kepada kongsi gelap.
Sekarang ini kedai runcit dan peniaga makanan kecil pun di sekitar
Puchong terpaksa bayar wang perlindungan kepada kongsi gelap India.
Jika tidak dibayar wang pelindungan maka bermacam kejadian berlaku
termasuklah pelanggan kedai makan di rompak secara terang-terangan.
Cukuplah persoalkan kaum mana yang diambil tindakan oleh Polis. Selagi
mereka penjenayah mereka harus ditangkap. Jika melalui racial profiling
memudahkan kerja polis membanteras penjenayah maka biarkanlah.
Modus Operandi Peguam PKR ni sebenarnya hanya nak menimbulkan sentimen
perkauman dan memburukkan Kerajaan. Itu je tujuan dia!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan