GUAN ENG PATUT BALIK BELAJAR SEKOLAH TADIKA????
Setiausaha Kluster Politik
Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor
berkata, sikap DAP tidak memberi ruang kepada muka baru jelas
menunjukkan ketidakmatangan parti itu.....Beliau menegaskan jika DAP
benar-benar telus dan ikhlas, parti itu sepatutnya memulakan proses
pemilihan CEC mengikut prosedur bermula daripada penamaan calon.
“Dalam pemilihan semula ini, parti DAP sepatutnya bersikap terbuka.
Mereka sepatutnya membuka peluang kepada muka baru yang mempunyai
kredibiliti dan kelayakan yang tidak berpeluang untuk bertanding pada
kongres tahun lalu.
“Mereka juga sepatutnya mendakap peluang
ini dengan membuka kepada semua kelompok yang berkepentingan di dalam
negara ini untuk masuk bertanding,” katanya ketika dihubungi Sinar
Harian Online.
Kata Mansor,
jika sebaliknya seperti yang diputuskan DAP untuk menggunakan senarai
nama calon yang sama pada kongres tahun lalu, parti itu terbukti enggan
melihat perubahan dalam keputusan pemilihan 29 September nanti.
"Bagi saya DAP cakap tidak serupa bikin, parti itu banyak menyalahkan
pihak lain sebaliknya mereka sendiri tidak mengotakan apa yang dikatakan
sebelum ini.
“Jadi, saya menyarankan agar parti itu mendalami ilmu literasi politik dan sejarah negara,” ujarnya.
Kelmarin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media
memaklumkan perkara ini dan sekali gus bakal menyaksikan hanya calon
yang telah bertanding pada Kongres Nasional 2012 sahaja yang akan
bertanding semula.
Menurutnya, calon-calon dalam pemilihan
semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres
Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela
menarik diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan