Polis menahan 16 lelaki
dipercayai aktif melakukan jenayah kekerasan seperti, peras ugut, samun
bersenjata dan merusuh, dalam serbuan berasingan Ops Cantas di lapan
buah rumah sekitar negeri ini, awal hari Ahad.
Timbalan Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata dalam
operasi lapan jam berakhir pukul 4 pagi itu suspek berusia 20-an hingga 40-an ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah.
"Kita telah membuat serbuan di 44 buah rumah kesemuanya dan mereka yang
ditahan adalah suspek dikehendaki bagi pelbagai kes," katanya kepada
pemberita di sini.
Dalam operasi yang sama beliau berkata polis
turut menyerbu dua kelab malam di Komtar dan Jalan Penang serta menahan
tiga lelaki warga asing yang bekerja tanpa permit selain membuat
pemeriksaan air kencing terhadap 51 pengunjung pusat hiburan berkenaan.
Warga asing yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen
1959 dan Peraturan 11(7) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana
menyalahguna pas lawatan sosial, katanya.
Mohd Nasir berkata polis
turut menjumpai dua bilah parang panjang dalam salah sebuah pusat
hiburan itu dipercayai digunakan untuk pergaduhan dan jenayah lain.
"Sekitar enam bulan kebelakangan ini beberapa peristiwa pergaduhan
melibatkan senjata tajam berlaku di lokasi itu dan kita percaya parang
itu sengaja disorokkan penjenayah untuk kegiatan samun dan peras ugut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan