Kenyataan N.
Surendaran mempertikaikan tindakan Polis menangkap dan menembak
penjenayah berbangsa India sebagai “racial profiling” sangat merbahaya
dan boleh melemahkan moral anggota Polis yang mempertaruhkan nyawa
melaksanakan tugas.......Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
ini dalam kenyataannya kepada Malaysiakini berkata berdasarkan hampir
70% penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan dari
kaum India. Menurut beliau ini menunjukkan polis menjalankan profail
berdasarkan kaum (racial profiling) bagi mencegah jenayah.
“More dangerously, it also results in rough treatment of Indians in
police custody.That Indians have been victims in many high-profile death
in custody cases is a clear result of consistent racial profiling.”
Surendran juga berkata partinya (PKR) akan meminta diadakan satu
siasatan bebas secara besar-besaran untuk menyiasat tindakan Polis
melakukan “racial profiling” terhadap kaum India.
Apakah
kenyataan ini bukan merupakan cubaan untuk melindungi penjenayah dari
kaum India. Ini akan mewujudkan tekanan kepada Polis untuk mengurangkan
tindakan dan tangkapan ke atas penjenayah kaum India.
Hakikatnya, rakyat tidak peduli apa kaedah yang digunakan oleh Polis
selagi ia membantu membanteras jenayah dan tidak menyalahguna kuasa
dengan menuduh mereka yang tidak bersalah sebagai penjenayah.
Sebahagian ahli politik yang berkepentingan, aktivis hak asasi manusia
dan pejuang demokrasi ala Amerika mungkin tidak peduli dengan masalah
rakyat bawahan yang dihimpit penjenayah.
Apakah setiap kali
Polis ingin menangkap penjenayah mereka perlu melihat statistik dahulu
sebelum melakukan tangkapan atau tindakan? Jika telah ramai kaum India
ditangkap maka mereka perlu menghentikan tangkapan kepada penjenayah
kaum India sehingga statistik tangkapan berasaskan kaum menjadi
seimbang?
Tanyalah orang ramai di jalanan sama ada Melayu,
Cina, India atau apa sahaja kaum lain, siapakah yang mereka paling takut
dan gerun dijalanan? Jawapannya pasti kongsi gelap kaum India. Kongsi
gelap kaum India terkenal dengan sikap kejam, ganas dan tidak mempunyai
sebarang perikemanusiaan.
Tanya juga peniaga kedai makan 24 jam
terutama restoran mamak yang terpaksa membayar duit perlindungan kepada
kongsi gelap yang semuanya dari kaum India. Sekarang ini kedai runcit
dan peniaga makanan kecil pun di sekitar Puchong terpaksa bayar wang
perlindungan kepada kongsi gelap India.
Jika tidak dibayar wang
pelindungan maka bermacam kejadian berlaku termasuklah pelanggan kedai
makan di rompak secara terang-terangan.
Cukuplah persoalkan
kaum mana yang diambil tindakan oleh Polis. Selagi mereka penjenayah
mereka harus ditangkap. Jika melalui racial profiling memudahkan kerja
polis membanteras penjenayah maka biarkanlah. Sebahagian pegawai atasan
Polis sendiri dari kaum India termasuk pemangku Ketua Polis Selangor
yang giat membanteras kongsi gelap kaum India bernama geng 08. Justeru
apakah ia juga merupakan tindakan berasaskan kaum?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan