Akhirnya parti rasis Dap mengalah
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan bersetuju untuk
mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan
Disember depan.
Ini setelah berbulan-bulan Dap cuba bermain silap
mata dengan ROS dengan mencuba bermacam-macam helah supaya benangnya
yang basah boleh ditegakkan dengan apa cara jua pun.
Malangnya ROS bukanlah sebodoh Pas yang telah berjaya dijadikan keldai di dalam Pakatan Rakyat.
Dap berfikir sebagaimana ia telah berjaya menundukkan Pas untuk
menggugurkan asas perjuangan parti itu untuk menubuhkan Negara Islam,
begitu juga ROS boleh dilembukan untuk mengikut katanya.
Silap besar
kerana ROS bukan sebuah parti politik tetapi agensi kerajaan yang
berfungsi mengikut landasan undang-undang dan peraturan yang telah
digunapakai sekian lama.
Hanya ROS bukanlah sekejam seperti yang cuba ditonjolkan oleh parti perkauman itu.
Sekiranya ROS mempunyai agenda politik atau bersikap tidak
berperikemanusiaanm Dap sudahpun diharamkan semasa kecoh semasa kempen
Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
Tetapi ROD bersikap professional dan melayan Dap sama seperti mana-mana pertubuhan atau persatuan lain tanpa pilih bulu.
Setelah Penasihat Parlimen Dap, Lim Kit Siang menangis teresak-esak di
depam kamera dalam sidang media mengenangkan partinya berdepan dengan
kemungkinan dibatalkan pendaftarannya, ROS pun berlembut dan memberi
peluang kepadanya sekali lagi.Mungkin Kit Siang akan berkata di kemudian
hari bahawa ait mata buayanyalah yang menyelamatkan Dap daripada
diharamkan.
Pun Dap tidak berterima kasih dan menghentam ROS seolah-olah agensi kerajaan itu mempunyai motif untuk menindas dan menganiaya.
Sepatutnya ROS tidak beri muka kepada Dap sebagaimana ia bertindak
untuk mengharamkan UMNO pada 1988 dahulu.Dap adalah parti rasis yang
terlalu ego dan fikir orang Melayu di negara ini perlu tunduk di bawah
tapak kakinya.Hakikatnya Dap telah melakukan satu penipuan yang amat
jelas dan ketara dengan tidak memaklumkan melalui surat kepada 753
perwakilan parti itu mengenai pemilihan parti itu.
Tujuannya ialah
supaya kesemua perwakilan yang berbangsa India itu tidak dapat
berpartisipasi dalam proses pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan
tertinggi Dap.
Setiausaha Agung, Lim Guan Eng takut jika 753
orang perwakilan India itu turut sama, keadaan akan menjadi sukar untuk
beliau menposisikan senarai kroninya dalam CEC.Malah dalam buku kecil
yang ditulis oleh seorang yang dikenali sebagai Father Augustus Chen,
penulis mendakwa terdapat 547 pengundi hantu semasa pemilihan CEC
Disember tahun lalu.Kit Siang melenting bagai nak gila apabila muncul
buku tersebut kerana ia mendedahkan penyelewengan sebenar dalam
pemilihan CEC tersebut.Imej Dap sebagai sebuah parti yang berjuang atas
prinsip demokrasi, keadilan dan ketelusan akhirnya terbongkar sebagai
parti hipokrit besar yang sanggup menipu dan berkomplot untuk menafikan
sebahagian besar perwakilan untuk mengundi dalam mesyuarat agung tahunan
parti.
Apabila berlakunya krisis yang mencemarkan maruahnya,
Dap terpaksa mengaku kesilapannya tetapi pada masa yang sama cuba sedaya
upaya untuk menutup penyelewengan yang dilakukan dengan memberi alasan
ia berpunca darpada masalah teknikal.Hakikatnya ia bukanlah masalah
teknikal atau apa-apa masalah lain.
Ia adalah satu penipuan
terancang oleh Kit Siang dan anaknya Guan Eng untuk meletakkan
pemimpin-pemimpin Cina pilihan mereka di dalam CEC dengan menolak
calon-calon Melayu dan India.
Akhirnya Dap cuba menipu dan mengaburi
rakyat sekali lagi dengan mengangkat seorang lagi Cina yang
berpura-pura berlakon sebagai Melayu hanya kerana menjadi anak tiri
bekas pemimpin UMNO.
Inilah yang dikatakan bodoh tak terajar pandai tak terikut, nak tunjuk pandai sangat sampai telanjangkan kebodohan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan