DAP memang terkenal sebagai sebuah parti politik paling rasis di
Malaysia atau menurut penganalisa politik, Dr Ridhuan Tee sebuah parti
‘Ultra Kiasu’ yang begitu tebal semangat kecinaan sejak
penubuhannya pada tahun 1964. Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli
Nordin ketika diminta mengulas mengenai perkara itu mengatakan sehingga
ke hari ini, celaka bernama Lim Kit Siang tidak pernah memohon maaf
kepada orang Islam terutamanya orang Melayu.
Ini kerana
menurut beliau, kita sebagai orang Melayu seharusnya mendesak pasti
rasis DAP itu, supaya meminta maaf kerana berkempen dengan menggunakan
slogan "Malai-Si" yang membawa maksud ‘Mati Melayu’. Perkara ini terjadi
pada tahun 1969 yang sekali gus telah mencetuskan rusuhan kaum yang
terburuk pernah terjadi di dalam negara kita.
Bekas ahli
parlimen, Kulim Bandar Baru itu mengatakan, sudah 44 tahun berlalu,
namun sehingga kini kita masih belum mendengar lagi ungkapan maaf yang
dibuat secara terbuka kepada rakyat Malaysia daripada DAP ataupun Kit
Siang yang pada ketika itu merupakan ketua pemuda DAP.
“Kalau
benar mereka dengan ikhlas mahukan perpaduan di dalam negara ini, mereka
perlu mohon maaf. Jika tidak mereka hanya terus bermain dengan retorik
politik untuk mendapat undi sahaja” tambah beliau lagi.
Mereka
tidak boleh menafikan tidak terlibat begitu sahaja. Ianya terdapat dalam
laporan Mageran yang dengan jelas menunjukkan mereka terlibat dalam
rusuhan 13 Mei itu. DAP yang rasis itu tidak akan pernah insaf atau
menyesali apa yang pernah mereka lakukan suatu ketika dulu. Malah mereka
sudah semakin biadap apabila memanggil Perdana Menteri sebagai syaitan.
Ia bukan merupakan perkara baru, tetapi ia juga pernah dibangkitkan dan
dibahaskan di dalam parlimen beberapa tahun yang lalu. Paling menarik,
rakan sekutu mereka Pas dan PKR hanya mampu berdiam diri seolah-olah
mengakui kebenaran perkara yang dibentangkan itu.
Umno perlu
memperkukuhkan asas Umno itu iaitu Islam dan Melayu. Umno tidak boleh
mentafsir sokongan Melayu yang diterima oleh BN adalah untuk Umno. Orang
Melayu sekarang mempunyai rasa takut sekiranya DAP atau Anwar Ibrahim
naik memerintah negara sebab itu mereka mengundi BN.
Sebahagian
besar rakyat Malaysia sudah sedar betapa bahayanya negara sekiranya
ditadbir oleh mereka yang hanya mahu sekadar mendapat kuasa dan memenuhi
cita-cita peribadi mereka. Umno perlu lakukan perubahan besar dan
drastik untuk terus kekal relevan. Jika Umno terpedaya dengan sokongan
yang di peroleh sekarang, ianya adalah satu permulaan yang tidak baik.
Orang Melayu mahu melihat pimpinan Melayu yang tidak rasuah, bersih,
kukuh dan mempunyai kredibiliti untuk memimpin masyarakat Melayu. Jika
tidak ada sebarang perubahan, orang Melayu akan menolak Umno di dalam
pilihan raya akan datang.
Wajib bagi kita cari jalan untuk menyatukan parti-parti Melayu Islam untuk terus membela nasib Melayu Islam di masa akan datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan