Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari
ini menyokong kenyataan keras rakan Kabinetnya, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi bahawa P. Waythmoorthy perlu meletak jawatan sebagai
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya berfikir seperti
pemimpin badan bukan kerajaan (NGO)...Menteri Pertahanan
berkata, Waythmoorthy perlu berfikir secara rasional dan mengetepikan
emosi kerana berfikir menggunakan emosi bukanlah kaedah kepimpinan yang
waras.
"Saya setuju dengan Datuk Zahid ... 101 peratus, kita
anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letakkan
kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif," katanya
kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
"Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak
melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras,"
kata pemangku Menteri Pengangkutan itu tegas.
Ahmad Zahid
semalam berkata pemimpin bekas Hindraf yang kini merupakan timbalan
menteri di Jabatan Perdana Menteri itu harus melepaskan jawatannya
sekira masih berfikiran umpama NGO apabila mempertikaikan tindakan pihak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di
Pulau Pinang baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri itu dalam
ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa
dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di
Petaling Jaya semalam menegaskan, dalam usaha memerangi jenayah,
penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.
"Jika ada
seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran
memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula,"
kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.
"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.
Waythamoorthy sebelum ini dilaporkan media berkata beliau tidak percaya
berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya
mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.
Ahmad Zahid juga
sebelum ini dilaporkan pernah menasihati Waythamoorthy supaya tidak
mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.
"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan,
beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan