SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 25 Ogos 2013

Waythamoorthy Perlu Kaji Sebelum Bela Penjenayah????

Setelah diminta untuk tidak mencampuri urusan polis baru-baru ini oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy tampil memberi membela diri.

Katanya, dia bukan mahu mencampuri urusan polis dan mendakwa Menteri KDN itu mungkin salah faham terhadap kenyataannya mengenai tindakan PDRM menembak mati lima penjenayah kongsi gelap 04 tempohari di Pulau Pinang.

Berikut adalah kenyataannya yang dipetik dari media…

“Saya tidak berhasrat mencampuri urusan polis, tetapi percaya persepsi masyarakat terhadap pasukan itu sedang menurun disebabkan tindakan pasukan itu sendiri.

“Menteri Dalam Negeri perlu memahami isu ini bukan hanya beberapa penjenayah berat telah dibunuh dengan cara yang wajar. Isu ini juga berkaitan golongan muda India yang `hanyut’ dan membunuh mereka dengan cara melampaui batas ini tidak menyelesaikan masalah jenayah yang semakin meningkat di negara ini,” – Waythamoorthy.

Baiklah. Pemimpin Hindraf itu mendakwa dia tidak campur urusan polis? Kalau tidak campur urusan polis, mengapa mempertikai tindakan PDRM menembak penjenayah yang terbabit dengan kes bunuh dan senjata api itu? Dia campur tangan sebenarnya dan mengapa nak berdolak-dalik?

Waythamoorthy tahu dan sedar tentang persepsi masyarakat terhadap pasukan PDRM sedang menurun. Dengan mempertikaikan tindakan PDRM itu, apakah dia fikir ia mampu meningkatkan persepsi baik masyarakat kepada pasukan keselamatan itu?

Cara dia mempertikaikan tindakan polis itu sebenarnya akan memburuk-burukkan lagi persepsi rakyat terhadap pasukan PDRM yang selama ini bersabung nyawa memperjuangkan keamanan di negara kita.

Pihak polis mempertaruhkan nyawa dan sanggup meletakkan risiko menjadi janda dan anak yatim pada keluarga mereka, sedap-sedap saja Timbalan Menteri JPM itu mahu mempertikai tindakan mereka? Tolonglah rasional sikit…

Pada saya, Waythamoorthy sepatutnya menjadi wakil kerajaan untuk menjelaskan rasional serbuan pasukan PDRM dalam kes tembak menembak itu. Dia wajar bertemu dan dapatkan laporan penuh yang adil mengenainya sebelum mengeluarkan sebarang kenyatan liar sebegitu.

Jika pemimpin Hindraf itu mendakwa anak muda kaumnya itu “hanyut” dan tindakan berbalas tembakan dengan mereka sehingga terbunuh itu adalah satu tindakan yang “melampaui batas”, apakah dia sanggup melihat anggota polis gugur seorang demi seorang ditembak anak muda India yang “hanyut” tersebut?

Siapa yang melampaui batas? Anak muda India yang “hanyut” dan bergelar penjenayah tegar itu atau pihak polis yang bertindak membanteras sekumpulan pembunuh yang bermaharajalela sebelum ini menembak dan membunuh rakyat sesuka hati mereka?

Apakah dia fikir semua kes jenayah boleh diselesaikan di mahkamah dan tidak sewajarnya berlaku tembak menembak? Tolonglah logik sikit bila bercakap mengenai tembak menembak di antara polis dan penjenayah. Ini bukan cerita polis tamil di TV2 setiap petang Sabtu!

Saya faham Waythamoorthy memperjuang kaum India di Malaysia. Tidak salah peranan itu. Tapi percayalah bahawa tiada pilih kasih dalam situasi berhadapan dengan penjenayah bersenjata seperti lima anggota kongsi gelap yang “hanyut” itu.

Kalaulah anak muda Melayu yang diserbu polis dan mereka degil enggan menyerah serta cuba menembak atau mengancam pihak PDRM, saya percaya mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti anggota-anggota 04 tersebut.

Sejarah menunjukkan pihak polis tidak pilih kasih. Lihat saja bagaimana pasukan PDRM berhadapan dengan Al-Maunah yang bersenjata dan mengancam nyawa. Ada Melayu yang terbunuh dihujani peluru pasukan keselamatan kita, bukan?

Jadi, tak usahlah terikut-ikut dengan rentak “chauvinis” DAP. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri perlu rasional, adil dan jujur dalam kenyataannya. Tak payahlah jadi rasis seperti DAP, nanti ramai rakyat yang menyampah, bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan