Hakim Mahkamah Sesyen, Dazuki Ali telah menetapkan 19 September sebagai tarikh sebutan apabila kes mereka disebut hari ini. Peguam pasangan tersebut, Chong Joo Tian telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan.
Pada 18 Julai lalu, pasangan tersebut yang dikenali sebagai Alvivi telah didakwa dengan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.
Mereka bakal berdepan dengan penjara maksimum 15 tahun dan denda jikalau disabitkan dengan kesalahan untuk ketiga-tiga tuduhan berkenaan.
Pasangan berkenaan telah didakwa membuat posting menghasut di Facebook bertajuk, "Alvin dan Vivian-Alvivi' di https://www.facebook.com/
Facebok telah menutup laman mereka.
Mereka telah dituduh melakukan kesalahan di 568-14-18 Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur.
Mereka turut didakwa memuatnaikkan gambar-gambar di laman 'Alvivi Tumblr' antara jam 9:00 pagi 6 Julai dan 2:00 pagi pada keesokan harinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan