SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

Lawan Tetap Lawan !!!!!!!

Lawan Tetap Lawan~Angkuhnya pakatan pembangkang melalui gereja telah menuduh umat Islam sebagai mencampuri urusan gereja dan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama. Maka Menteri Besar Selangor boneka pakatan iaitu Khalid Ibrahim telah mengambil keputusan atau diarahkan menuntut maaf kepada kaum kristian ini dengan restu PAS dan PKR....Pendedahan Datuk Hasan Ali bahawa bahawa terdapat bukti kegiatan memurtadkan umat Islam oleh gereja Methodist tersebut akhirnya mengejutkan umat Islam. Ini akhirnya telah menyebabkan beliau dipecat dari jawatan Exco Agama dan juga dipecat dari Parti Islam Semalaysia. Islamkah parti itu apabila memecat sesiapa sahaja yang mempertahankan Islam? Bermula dari saat itu maka PAS telah tunjukkan dengan terang bahawa nama parti Islam mereka hanyalah pada nama sahaja. Mereka tidak pernah ikhlas pun memperjuangkan kedaulatan martabat Islam.. ALLAH-HU-AKBAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan