SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

PEMBALAKAN HARAM TERBONGKAR??????

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’ begitulah nasib pembalak haram yang selama ini melakukan kegiatan tersebut tanpa diketahui mana-mana pihak.
Kegiatan pembalakan mereka itu terbongkar apabila sebatang pokok balak dicuri tumbang lalu menghempap kabel utama elektrik di atas Bukit Dedari, di sini.
Berikutan insiden itu menyebabkan 5,000 penduduk di lima kampung dekat Hulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Mat Daling dan Kampung Kuala Sat terputus bekalan elektrik sejak Selasa lalu.

Pengurus Persona Village Resort Kuala Tahan, Roslan Abu Kassim berkata, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu menyebabkan berlaku banyak kerosakan ekosistem hutan dan air sungai.

Menurutnya, difahamkan sebelum ini tiada mana-mana pihak yang dapat menghidu kegiatan mereka ini kerana melakukan kegiatan pembalakan haram jauh daripada pandangan orang ramai yang lalu lalang di laluan balak sedia ada.

“Kegiatan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan banyak pokok balak sudah dicuri dan hutan menjadi gondol. Jika bukan kerana balak itu menghempap kabel utama elektrik sudah pasti kita tidak menyedari kegiatan licik mereka ini.

“Jika mereka pembalak yang sah sudah pasti mereka akan bertanggungjawab ke atas kabel elektrik yang terputus itu sebaliknya mereka lari dan tidak tahu siapa yang melakukan kegiatan tersebut,” katanya.

Dia yang juga pemandu pelancong berkata, kegiatan pembalakan haram itu perlu dibendung kerana ia menyebabkan keindahan semula jadi Taman Negara menjadi semakin terhakis.

Menurutnya, pelancong luar negara yang datang ke Taman Negara semata-mata untuk melihat hutan tropika yang kaya dengan flora dan fauna.

“Kita harap pihak bertanggungjawab lebih peka dalam hal ini dan memastikan tiada lagi pembalakan haram dilakukan di kawasan sekitar Kuala Tahan, Taman Negara hingga ke Hulu Tembeling.

“Taman Negara adalah aset yang sangat bernilai kepada negara kerana ia mampu menjana sektor pelancongan dalam negara serta menjadi punca pendapatan penduduk untuk mengembangkan ekonomi masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jerantut, Redzuan Zainal Abidin berkata, selepas menerima aduan tersebut pihaknya segera ke tempat tersebut untuk membaiki.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil masa membaiki memandangkan kabel tersebut putus di kawasan hutan.

“Penduduk di Hulu Tembeling sudah menerima semula bekalan elektrik sepenuhnya pada hari ini (semalam) pada jam 3.05 petang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan