SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 27 Ogos 2013

Merdeka~ Sejarah Hidup Khalid Perlu Ditulis Semula, Amacam???

MENTERI Besar Selangor si Khalid Ibrahim ini bukan sahaja gagap mulut, malah otaknya pun gagap juga. Tidak hairanlah kenapa dia menyarankan agar sejarah Malaysia ini ditulis semula supaya cerita perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan ini diganti dengan cerita lain – Malaysia merdeka secara kebetulan sebab dalam masa yang sama British juga memerdekakan negara-negara lain di Afrika.

Bodoh.

Penulis tak fahamlah kenapa di zaman ini pun masih ada manusia macam Khalid yang sengaja tidak mahu faham sejarah hanya kerana perbezaan fahaman politik. Di tempat lain dan di negara lain pun, pemimpin bertukar ganti, tapi takdelah setiap kali orang lain mengambil alih, setiap kali itu juga sejarah negara tersebut bertukar.

Apa kata kita tukar sejarah hidup Khalid dulu. Kalau ikut sejarahnya dia anak sah kepada pasangan polan dan polan, kita kata dia anak luar nikah kepada polan dan polan. Kalau ikut sejarahnya dia bijak masa sekolah sehingga dapat pegang jawatan tinggi dalam Guthrie dan jadi Tan Sri, kita kata dia sebenarnya bodoh dan semua kebijakan itu adalah sebab meniru orang lain.

Khalid pun gemar tertidur tak kira tempatkan, mana ada orang tidur sepanjang masa boleh jadi bijak. Sudah tentu ada faktor lain yang menyumbang kepada kebijakan itu, macam yang penulis contohkan di atas nun.

Sanggup ke Khalid?

Inilah bodohnya Khalid. Sejarah mana boleh tukar, dah jadi macam itu, jadi macam itu sajalah. Sejarah bukan macam sains yang boleh bertukar-tukar bila ada penemuan baru mengatasi teori yang lama.

Lagipun yang kita cakap ni bukan cerita beribu atau berjuta tahun dulu, cerita kurang 70 tahun lepas je. Bahkan, ramai lagi orang yang hidup zaman itu, masih bernyawa sampai sekarang untuk mengatakan sama ada sejarah itu betul atau tidak!!

Inilah masalahnya dengan politik pembangkang, sejarah negara pun nak diubahkan untuk disesuaikan dengan fahaman politik masing-masing. Maka jangan hairanlah kita kenapa generasi muda hari ini pun mudah hilang arah akan asal usul negara sendiri, sebab ada orang macam Khalid.

Berlakunya benda-benda pelik macam usaha nak tukar bendera negara inipun sebab jiwa budak-budak muda hari ini dah dikacaukan oleh politik pembangkang yang jelas menyeleweng dari fakta.

Kerajaan, terutamanya Kementerian Pendidikan dibawah 2 Menteri Kanan, patut lihat masalah ini dan wajibkan segera pengajaran Sejarah di semua peringkat. Memang kita mahu lihat generasi akan datang semakin bijak dan berteknologi tinggi, tapi semua usaha itu tidak akan berjaya kalau asal usul sendiri pun boleh lupa.

Tua bangka macam Khalid ni kita dah tak boleh buat apa dah. Bukan dia tak tahu cerita sebenar, saja-saja nak bagi pening kepala semua orang, atas alasan politik semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan