Walaupun
kongsi gelap ini telah lama wujud di negara kita, namun kegiatan mereka
makin ganas dan berani dengan bertambahnya kekuatan pembangkang. Ini
telah menjadi tanda Tanya kepada kita semua. Maka hubungan akrab
diantara kumpulan kongsi gelap dan pakatan pembangkang mula diselidiki
dengan terperinci......Tambahan pula sikap pakatan pembangkang yang
kerap kali menyatakan pendirian melalui demo jalanan dan tuntutan serta
asakan dari pakatan pembangkang yang membela para penjenayah hampir
setiap kali mereka terkorban terus menjadi misteri. Sejak kebelakangan
ini pakatan pembangkang cukup konsisten dalam mempertahankan penjenayah
malahan mereka juga telah membuat pameran diseluruh negara dengan
mempamerkan gambar gambar penjenayah yang ditembak mati untuk meraih
simpati daripada rakyat.
Kemusykilan kita akan bertambah tinggi menyedari betapa pakatan pembangkang bersikap cukup “double
standard” terhadap kematian para anggota polis yang dibunuh oleh para
penjenayah. Begitu juga dengan kematian orang awam yang dibunuh oleh
penjahat.
Tiada sebarang demo jalanan dari pihak pakatan
pembangkang menuntut pembelaan ke atas warganegara yang baik yang telah
menjadi mangsa . Tiada tuntutan majlis peguam yang berada dipihak
pakatan pembangkang membela “good citizen”.
Pembangkang
seolah-olah tidak dapat menyelami perasaan keluarga yang telah
kehilangan anak, abang, saudara mereka disebabkan oleh penjenayah
kesalahan berat seperti Kugen, Jamesh Ramesh, N. Dharmendran dan ramai
lagi. Perasaan hiba dan tangisan bapa , anak dan isteri yang kehilangan
ahli keluarga disebabkan seorang penjenayah tidak mendapat perhatian
pembangkang.
Kita juga tahu bahawa para penjenayah ini bernaung
dibawah kumpulan kongsi gelap masing-masing dengan mendapat sokongan
yang tidak berbelah bahagi dari pihak pakatan pembangkang yang cukup
tidak bertanggungjawab.
Oleh itu Kementerian Dalam Negeri akan
mendedahkan kesemua nama kumpulan kongsi gelap di negara ini termasuk
jenis jenayah yang dilakukan bagi membolehkan masyarakat menilai setiap
pertubuhan yang disertai. Ini bertujuan untuk membuktikan kesungguhan
polis dalam membanteras kumpulan kongsi gelap yang dipercayai memonopoli
kegiatan jenayah di negara ini.
Op Cantas Khas telah
menunjukkan keberkesanan selepas seminggu dilancarkan apabila berjaya
menahan suspek bagi membendung kegiatan jenayah khususnya berkaitan
aktiviti kongsi gelap.Tambahan pula bekas tahanan Simpang Renggam dan
Ordinan Darurat (EO) kini berada di beberapa kawasan panas di Lembah
Klang maka polis akan memberi tumpuan yang lebih untuk mengekang
keganasan yang berkemungkinan berlaku.
Kerajaan barisan
Nasional sentiasa mengambil langkah menjaga keselamatan dan keamanan
rakyat. Sekiranya pakatan pembangkang mahu terus cuba mencetus provokasi
keganasan melalui para ahli kongsi gelap maka kerajaan tidak akan
teragak-agak bertindak terhadap mereka apabila cukup bukti.

Kemusykilan kita akan bertambah tinggi menyedari betapa pakatan pembangkang bersikap cukup “double standard” terhadap kematian para anggota polis yang dibunuh oleh para penjenayah. Begitu juga dengan kematian orang awam yang dibunuh oleh penjahat.
Tiada sebarang demo jalanan dari pihak pakatan pembangkang menuntut pembelaan ke atas warganegara yang baik yang telah menjadi mangsa . Tiada tuntutan majlis peguam yang berada dipihak pakatan pembangkang membela “good citizen”.
Pembangkang seolah-olah tidak dapat menyelami perasaan keluarga yang telah kehilangan anak, abang, saudara mereka disebabkan oleh penjenayah kesalahan berat seperti Kugen, Jamesh Ramesh, N. Dharmendran dan ramai lagi. Perasaan hiba dan tangisan bapa , anak dan isteri yang kehilangan ahli keluarga disebabkan seorang penjenayah tidak mendapat perhatian pembangkang.
Kita juga tahu bahawa para penjenayah ini bernaung dibawah kumpulan kongsi gelap masing-masing dengan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari pihak pakatan pembangkang yang cukup tidak bertanggungjawab.
Oleh itu Kementerian Dalam Negeri akan mendedahkan kesemua nama kumpulan kongsi gelap di negara ini termasuk jenis jenayah yang dilakukan bagi membolehkan masyarakat menilai setiap pertubuhan yang disertai. Ini bertujuan untuk membuktikan kesungguhan polis dalam membanteras kumpulan kongsi gelap yang dipercayai memonopoli kegiatan jenayah di negara ini.
Op Cantas Khas telah menunjukkan keberkesanan selepas seminggu dilancarkan apabila berjaya menahan suspek bagi membendung kegiatan jenayah khususnya berkaitan aktiviti kongsi gelap.Tambahan pula bekas tahanan Simpang Renggam dan Ordinan Darurat (EO) kini berada di beberapa kawasan panas di Lembah Klang maka polis akan memberi tumpuan yang lebih untuk mengekang keganasan yang berkemungkinan berlaku.
Kerajaan barisan Nasional sentiasa mengambil langkah menjaga keselamatan dan keamanan rakyat. Sekiranya pakatan pembangkang mahu terus cuba mencetus provokasi keganasan melalui para ahli kongsi gelap maka kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak terhadap mereka apabila cukup bukti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan