Kesungguhan
kerajaan Barisan Nasional memerintah negara telah dimanipulasikan oleh
pakatan pembangkang. Transformasi dari berbagai sudut yang telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib demi untuk
membaikpulih negara yang telah mengalami kemerosotan melampau pada zaman
Tun Abdullah Ahmad Badawi sedikit sebanyak membuka ruang untuk pakatan
pembangkang membuat banyak tuntutan yang tidak munasabah semata-mata
untuk memberi gambaran kepada dunia betapa teruknya pemerintahan Barisan
Nasional di Malaysia.
Tuntutan Pilihanraya bersih, dakwat
kekal, penukaran subjek Matematik dan sains ke bahasa Malaysia,
kebebasan LGBT, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan lain-lain
lagi hanya merupakan sekadar medium untuk merosakkan imej kerajaan
Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasioanal cuba menjadi sebuah
kerajaan yang adil dengan memenuhi banyak tuntutan tidak munasabah mereka dan berkompromi terlalu banyak dengan bangsa Cina.
Ini telah mengundang tindakbalas yang agak negatif apabila majoriti
bangsa Cina tetap menolak pemerintahan Barisan Nasional yang
bertunjangkan kepada Raja Berpelembagaan dengan menjaga ketuanan Melayu ,
Islam sebagai agama rasmi Negara dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
rasmi Malaysia.
Namun ini memang merupakan proses pembelajaran
setiap pemimpin dalam mencari formula terbaik dalam menjalankan
pemerintahan dalam sebuah Negara yang terdiri dari berbilang bangsa dan
agama. Kita juga terpaksa berhadapan dengan kesan dari percaturan yang
telah dimanipulasikan oleh Inggeris semasa mereka memberikan kemerdekaan
kepada Malaysia.
Ironinya pula tindakan segelintir ahli dan
penyokong kerajaan sendiri yang cuba menghukum dan menghentam kerajaan
sesuka hati hanya kerana mereka ini mempunyai dendam peribadi terhadap
para pemimpin kita. Mereka telah bertindak dengan cara yang cukup kasar
mengkritik tanpa memberikan nasihat yang membina untuk kerajaan
meneruskan transformasi ke arah kebaikan dan meningkatkan keberkesanan
pemerintahan.
Bagi pihak kerajaan pula, mereka tidak boleh
terlalu bersikap “defensive” apabila menerima kritikan. Mereka
sepatutnya menilai setiap kritikan dengan cukup positif atas nama
transformasi. Dalam pada masa yang sama kerajaan harus bijak menilai
tuntutan mengarut pakatan pembangkang. Harus mereka sentiasa ingat
bahawa motif sebenar pakatan pembangkang adalah menjadikan tuntutan
tidak munasabah sebagai medium untuk mencipta gambaran buruk terhadap
kerajaan.
Kebijaksanaan kerajaan dalam mencantas segala desakan
dan tuntutan tidak munasabah pakatan pembangkang amat diperlukan. Kita
harus buktikan bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional yang layak
mewakili rakyat dalam pemerintahan negara.
Begitu juga dengan
sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada penyokong kerajaan dari
dalam dan luar amat diperlukan. Ingatlah bahawa bersatu kita teguh
bercerai kita roboh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan