Bagaikan berdoa agar ada
musibah yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, PAS menjadikan setiap
musibah sebagaii cara menambah pendapatan dan kemasyhuran di kalangan pengikut-pengikut fanatik yang mencari jalan pintas masuk syurga.
Beria-ia mereka menyokong tunjuk perasaan yang telah mengorbankan lebih
seribu orang di Mesir atas nama Ikhwanul Muslimin. Konsepnya sama
seperti di Malaysia, sokong Ikhwanul Muslimin, samalah seperti menyokong
Islam dan keadilan Islam. Ikhwanul Muslimin ditanggapi sebagai
penyelamat umat dan akidah umat Islam di Mesir.
Dan seperti
biasa, kalau sudah suka, maka gambaran yang indah-indah pun diberikan
kepada Ikhwanul Muslimin terutama sekali kepada Presiden Morsi yang
telah digulingkan oleh tentera Mesir.
Apa yang berlaku di
Mesir, sememangnya adalah satu bentuk kekejaman dan permainan
kuasa-kuasa besar dunia yang melestarikan keberadaan dan survival Zionis
dan negara haram Israel yang terletak di bucu negara-negara Arab. Dan
negara-negara Arab semenjak dari zaman Jahiliyyah lagi, tidak pernah
bersatu. Malah walaupun setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dan
pemerintahan para Sahabat r.a, negara-negara atau jazirah-jazirah
tersebut tidak pernah bersatu.
Islam tidak pernah menyatukan
umat Arab. Itu adalah hakikat yang perlu diterima. Bahkan Islam telah
dipergunakan oleh Arab untuk membentuk pelbagai Empayar yang saling
serang-menyerang dan berbunuhan sesama sendiri. Ditambah pula dengan
kehadiran Khawarij dan Syiah serta seribu satu macam bidaah dan taghut
di kalangan kaum Arab, menjadikan mereka sebagai kaum yang paling banyak
ditimpa bala bencana semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w lagi.
Dan sejujurnya, kalau bukan kerana Nabi Muhammad s.a.w dan para Sahabat
r.a, Arab dan Bani Israel tidak mungkin dapat dibezakan antara satu
sama lain.
Keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah Taala
kepada bangsa Arab terutama al Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab,
langsung tidak dinilai dan dihargai. Mereka tetap berpuak-puak dan
sentiasa memandang rendah bangsa lain yang menganut Islam tetapi amat
menyanjungi bangsa kulit putih bermata biru.
Bala bencana yang
berlaku di negara-negara Arab sekarang ini tiada lain, melainkan
disebabkan perbuatan mereka sendiri. Dan bala bencana yang diturunkan
oleh Allah Taala, tidak hanya meliputi atau terkena kepada golongan yang
zalim di kalangan mereka, bahkan merata sehingga melibatkan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan!
Sebahagian pemimpin PAS yang
mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan Islam, tidak pernah
menjadikan pengajaran yang sedang Allah Taala tunjukkan kepada umat
Islam di sebuah negara aman seperti Malaysia, sebagai teladan.
Sebaliknya, lain pula yang mereka titik beratkan.
Bencana yang
sedang menimpa rakyat Syria terutama di kalangan umat Sunnah Wal Jamaah
dan masyarakat awam Mesir yang sedang berperang dengan tentera serta
polis mereka sendiri, cuba dijadikan oleh PAS sebagai modal untuk
mengutip derma.
Masa kekejaman Israel di Palestin, PAS usung
tin milo ke sana ke mari. Buat munajat dan kemudian diedarkan tin-tin
milo dan tong-tong minyak untuk diisi duit hadirin.
Nampaknya,
perkara yang sama juga sedang dilakukan. Bila cerita panas tentang Mesir
dimainkan oleh media-media, PAS sudah pun menggerakkan tabung dermanya.
Anehnya, ramai pengikut PAS yang terpaksa menyembah kepala lutut para
pemimpin UMNO kerana kemiskinan yang sedang dialami. Ramai umat Islam di
negara ini yang tidak terbela. Sedangkan PAS pula merupakan parti
siasah yang menagih undi dan pengaruh daripada umat Islam di Malaysia.
Mengapa agaknya PAS tidak menyalurkan segera semua derma yang dipungut
kepada umat Islam di negara ini sebaliknnya tersangat sibuk menyalahkan
UMNO dan Barisan Nasional, kononnya sebagai kerajaan, warga miskin dan
marhein tidak dibela?
Bukankah perkara paling asas yang
diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat baginda dalam hal
habluminannas ialah, tidak membiarkan jiran kelaparan dan keutamaan
sedekah adalah kepada kaum kerabat serta keutamaan daripada segala
keutamaan selain Allah Taala dan Rasul-Nya adalah ibu bapa?
Tidakkah itu memberi makna yang sangat mendalam?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan