SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 18 Ogos 2013

Wujud Sekolah Vernakular Cina Satu Kesilapan Besar????

Sekolah Vernakular Cina telah menjadi medan untuk menyemai semangat kecinaan yang tinggi dan benci kepada kerajaan Barisan Nasional. Ini amat berbeza dengan Sekolah vernakular Tamil. Mereka tidak mencipta sebarang provokasi yang mampu menggugat keselamatan dan keamanan negara.
Kita boleh jalankan penyelidikan terhadap pelajar Melayu yang bersekolah di sekolah vernakular Cina tentang fahaman negatif kecinaan yang melampau dibawa oleh guru-guru sekolah Cina dan ibubapa pelajar Cina sendiri itu sendiri. Kewujudan Sekolah Cina merupakan satu kesilapan besar yang telah berlaku. Ini telah membuka ruang yang cukup besar untuk proses memecahbelahkan rakyat negara kita.

Tanah Melayu telah ditukar nama kepada Malaysia. Secara tidak langsung maka “ketuanan Melayu” cuba dilenyapkan. British telah membawa kaum Cina untuk menjadi pelombong di Tanah Melayu. Dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu maka kaum Cina telah yang dibawa dari Negara cina oleh pihak British telah juga diberi kewarganegaraan dengan menjaga ketuanan Melayu, Islam agama rasmi dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara kita.

Namun hakikat ini cuba dihapuskan dengan membawa sentimen bahawa isu perkauman cuba dibakar sedangkan ini merupakan hakikat kebenaran. Mereka telah cuba mengubah kenyataan ketuanan Melayu dengan menyemai gubahan sejarah yang cuba direka dan ditanam ke dalam pemikiran pelajar Cina di sekolah Venakular Cina ini.

Ini merupakan faktor amat penting yang harus dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran dalam menimbangkan kewajaran relevan wujudnya Sekolah Venakular Cina di negara kita. Sekarang kita bercakap tentang ancaman keselamatan yang Sekolah Venakular Cina akibatkan. Ianya bukan sekadar tempat menimba ilmu lagi malahan telah menjadi markas musuh negara.

Manakala kewujudan Sekolah Wawasan pula merupakan hanya secebis penyelesaian atas kekusutan yang telah diprovokasikan oleh Sekolah Venakular Cina. Walaupun begitu perlaksanaan Sekolah Wawasan ini terus mendapat tentangan hebat dari kaum Cina yang bersikap rasis melampau.

Hasrat kerajaan mahu meneruskan agenda perpaduan kaum tanpa menghiraukan segelintir pihak yang cuba menggagalkan hasrat kerajaan untuk menyatupadukan rakyat memang harus dipuji. Namun punca utama perpecahan kaum dan perpaduan ini harus dikaji dengan cukup terperinci.

Sekolah Wawasan berkonsepkan semua pelajar berbilang kaum akan berkongsi kantin, padang permainan dan dewan yang sekaligus mereka berpeluang untuk menjadi lebih rapat. Namun mereka tetap perlu memahami sejarah Tanah Melayu dan Ketuanan Melayu untuk lebih menghormati satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan