SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 18 Ogos 2013

CEC DAP ~ KUASA VETO & GUAN ENG DAP SEPERTI CACING KEPANASAN???

Satu lagi pendedahan yang sudah pasti menjatuhkan kredibiliti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng...Pengerusi DAP, Karpal Singh dikatakan terpaksa menggunakan kuasa vetonya untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bagi menyelamatkan parti tersebut daripada dibubarkan....Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, keputusan tersebut perlu dibuat Karpal biarpun mendapat tentangan daripada dua pemimpin tertinggi parti itu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang masih tidak mahu mengaku penyelewengan yang berlaku ketika pemilihan Disember lepas sebaliknya terus menentang keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Guan Eng sekarang ini seperti cacing kepanasan apabila mendapat tekanan daripada akar umbi untuk mengadakan pemilihan semula.

"Rakyat sudah tahu muslihat anak-beranak itu melalui pendedahan ahli akar umbi berhubung hilangnya prinsip demokrasi dan kredibiliti parti itu sebaliknya berterusan menyalahkan ROS kerana bertindak tidak mengikut peraturan,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini....Dalam pada itu, Tuan Tat berkata, isu penyelewengan dalaman parti tidak sepatutnya timbul jika mereka berpegang teguh kepada slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).
Katanya, isu berkenaan hanya diwujudkan pemimpin atasan sendiri yang bersikap angkuh dan menganggap parti itu hak eksklusif diri sendiri tanpa mendengar pandangan dan suara akar umbi.

"Guan Eng sudah tidak setia kepada ahli akar umbi kerana menganggap diri terlalu hebat.

"Beliau perlu menanggung akibat itu kerana semua 'ulat-ulat' sudah keluar tentang semua kegiatan buruk mereka".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan